1News Online:
Home » » Pencen Dibayar Awal Sempena Deepavali

Pencen Dibayar Awal Sempena Deepavali

Friday, November 2, 2012 | 3:22 PM


KUALA LUMPUR: Pembayaran pencen bagi pesara kerajaan akan dibuat awal bulan ini sempena Deepavali pada 13 November ini.
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam satu kenyataan menyebut pesara yang mempunyai waran pencen bertarikh 6 hingga 30 November 2012 boleh menunaikannya mulai 5 November.
Pesara yang dibayar menerusi Sistem Pembayaran Pencen Melalui Bank, boleh menuntut bayaran pencen mereka di bank berkenaan mulai 5 November ini. - BERNAMA
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger