1News Online:
Home » , , » Pengurus Manchester City Roberto Mancini berang dengan soalan mengenai perpindahan beliau ke Monaco.

Pengurus Manchester City Roberto Mancini berang dengan soalan mengenai perpindahan beliau ke Monaco.

Tuesday, November 6, 2012 | 12:01 PM

Minggu lepas, Mancini tidak menafikan kenyataan bahawa beliau telah berbincang dengan pasukan Ligue 2 pada musim lalu dan menyatakan bahawa beliau "rapat dengan tujuh atau lapan pasukan" di sana.

Kenyataan itu ditafsirkan dalam berlainan cara - pihak media kurang pasti jika pengurus itu sedang berjenaka atau jika beliau sememangnya telah berbincang dengan pasukan lain.
Apabila diminta untuk menyelesaikan masalah itu di persidangan akhbar pada pagi Isnin, Mancini berkata: "Saya tidak faham kenapa anda harus bertanya soalan yang sama mengenai kejadian yang berlaku pada tahun lepas. Ia sudah berakhir. Kenapa? Kenapa anda ingin tahu? Kenapa anda harus mengulangi soalan yang sama: "Anda mempunyai peluang untuk meninggalkan pasukan tahun lepas?"
"Saya telah kekal di sini kerana kerja saya belum habis. Saya telah bekerja keras selama dua tahun. Saya berjaya menubuhkan pasukan bersama pengerusi dan pemilik pasukan. Kami telah memenangi tiga trofi dalam dua tahun walaupun tidak pernah memenangi apa-apa selama 50 tahun."
Mancini telah kekal di Stadium Etihad dan membimbing City untuk meraih kejohanan liga pertama mereka dalam 44 tahun. Beliau turut menerima ganjaran diikuti Piala FA pada tahun 2011 serta kontrak lanjutan selama lima tahun.
Walapun masa depan beliau masih diragukan dan desas-desus yang menyatakan bahawa beliau pernah dikaitkan dengan Monaco, masalah itu turut mencuri perhatian sebelum perlawanan Liga Perdana Barclays di West Ham pada hari Sabtu.
Sudah jelas ia amat merengsakan pengurus yang berumur 47 tahun itu memandangkan beliau sedang berjuang untuk permainan Liga Juara-Juara akan datang bersama Ajax.
Masih berang, Mancini yang telah menghentak meja dengan tangan beliau, sambung berkata: "Anda harus saling menghormati. Saya tidak memahami kenapa anda harus mengulangi soalan yang sama? Kenapa?
"Anda pernah menujukan soalan yang sama dan saya telah memberikan jawapan dengan sopan. Ia memang benar bahawa saya telah menerima beberapa tawaran untuk berpindah tetapi saya telah memutuskan untuk kekal di sini. Saya tidak akan menjawab soalan yang sama kerana saya ke sini untuk berbual tentang perlawanan kami menentang West Ham."
Mancini yang telah mengambil alih sebagai pengurus di City sejak tiga tahun yang lalu, kekal memegang posisi yang kuat dalam pasukan tetapi diletakkan tekanan setelah permulaan yang lemah dalam Liga Juara-Juara pada musim ini.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger