1News Online:
Home » , » Perak buru John Carew

Perak buru John Carew

Wednesday, November 21, 2012 | 1:32 PM


Pengurus skuad Seladang, Khairul Azwan mengesahkan bahawa Perak kini sedang cuba untuk mendapatkan khidmat bekas pemain West Ham United, John Carew.

Perak yang kini dalam usaha mengisi kekosongan pemain import selepas Albert Bodjongo dan Michal Kubala ditamatkan kontrak, sedang mengadakan perbincangan secara serius dengan ejen penyerang dari Norway itu.
"Kami masih meneruskan perbincangan mengenai terma-terma tertentu termasuk pembayaran gaji dan sebagainya," katanya pada sidang akhbar di pejabat Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) semalam.
John Carew pernah beraksi sebagai penyerang utama Norway dan menjaringkan 24 gol.
Menurut Azwan, Perak juga mengintai beberapa lagi pemain dari Rusia, Brazil, Oman dan Liberia.
"Perak akan memuktamadkan pengambilan dua pemainnya selewat-lewatnya pada 3 Disember ini untuk didaftar dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)," katanya lagi.
Selain itu, Azwan turut mendedahkan bahawa dua pemain baru dijangka akan menyertai skuad Seladang dalam masa terdekat tetapi enggan mendedahkan identiti dua pemain itu.
Perak akan mendaftar seramai 22 orang pemain tempatan pada 30 November ini.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger