1News Online:
Home » , , » Perjuangan City sudah berakhir

Perjuangan City sudah berakhir

Wednesday, November 21, 2012 | 1:41 PM


Pengurus Real Madrid Jose Mourinho menyatakan bahawa perjuangan Manchester City dalam saingan Liga Juara-Juara sudah berakhir.

Pasukan juara Liga Perdana itu harus menewaskan pasukan gergasi Sepanyol itu dalam pertemuan Kumpulan D di Stadium Etihad untuk mengekalkan harapan tipis untuk melayakkan diri masuk peringkat berkumpulan.
Bukan hanya itu, mereka harus mengalahkan Borussia Dortmund di Jerman dalam perlawanan seterusnya dan mengharapkan bahawa keputusan dari pasukan lain telah menyebelahi nasib mereka.
Mourinho menyatakan bahawa ia tidak mungkin berlaku dan merasakan bahawa ia tentu mengecewakan pasukan yang mampu menang Liga Juara-Juara.
Bekas pengurus Chelsea itu berkata: "Saya merasakan bahawa mereka adalah salah satu pasukan yang mampu menang pertandingan ini.
"Ia biasa untuk pasukan sehebat mereka untuk gagal dalam pertandingan kerana kesemua pasukan seimbang dalam segi kekuatan dan semangat. Namun, hanya satu pasukan yang mampu menjuarai.
"Namun, ia juga pelik jika pasukan disingkir awal dalam pertandingan. Saya akan memahami keadaan jika Real Madrid gagal dalam perlawanan final, separuh akhir atau suku akhir. Ia hanya merupakan dinamik bola sepak.
"Apabila anda kalah dalam peringkat berkumpulan, ia akan bertambah menjadi sebuah cabaran yang sukar untuk pasukan. Mereka kecundang pada musim lalu dan telah melakukan yang sama pada musim ini.
"Ya, mereka mampu menang esok (Rabu) dan juga dalam perlawanan menentang Dortmund tetapi lapan mata tidak mencukupi.
"Jadi, saya berpendapat bahawa perjuangan mereka telah berakhir dan ia tentu sukar untuk diterima oleh pasukan."
Real kini mempunyai kelebihan untuk melayakkan diri walaupun Dortmund mendapat tempat utama dalam kedudukan dengan lapan mata.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger