1News Online:
Home » » Persiapan Kahwin Rizal (AF5) Hampir Siap

Persiapan Kahwin Rizal (AF5) Hampir Siap

Tuesday, November 20, 2012 | 11:48 PM

Oleh: FERIDE HIKMET ATAK (feride@thestar.com.my)



PETALING JAYA: Bekas bintang program realiti Akademi Fantasia ke-5 (AF5), Rizal Ayub memberitahu persiapan majlis perkahwinannya dengan eksekutif di syarikat penerbangan Firefly, Maria Mohd Harun yang dijadualkan pada 16 Januari 2013 telah 80 peratus siap.
Rizal atau nama sebenarnya Hasfarizal Ayub, 30, berkata, mereka akan merancang untuk mengadakan majlis berkonsepkan dalam taman dan Maria bakal mengenakan pakaian berona putih dan merah jambu daripada Santubong Bridal.
“Insya-Allah, setakat ini segala perancangan perkahwinan kami mengikut jadual. Kami memilih untuk mengadakan majlis seperti dalam taman,” katanya kepada mStar Onlineketika dihubungi di sini pada Selasa.
Menurut Rizal, majlis akad nikah akad nikah pada 16 Januari akan diadakan di rumah pengantin perempuan di Taman Suria Indah, kira-kira pukul 10 pagi manakala majlis persandingan pula akan dibuat di Dewan Bahasa & Pustaka, kedua-duanya di Kuching, Sarawak.
Rizal berkata, harapannya agar rumah tangga yang bakal dibina dengan eksekutif di syarikat penerbangan FireFly itu akan membawa kebahagian kepadanya selain keterujaan dia untuk bergelar sorang suami.
"Moga perancangan kami ini berjalan dengan baik. Saya pun dah tak sabar untuk bergelar suami dan menikmati kehidupan di alam berumah tangga pula," katanya.
Sementara itu, Rizal mengakui agak risau dengan dugaan perkahwinan yang bakal dihadapi namun dia percaya, berkat doa untuk mengekalkan kebahagiaannya dalam rumah tangganya sedikit sebanyak dapat membantu mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini.
"Di zaman ini diakui terlalu banyak penceraian yang berlaku dan ia sedikit sebanyak membuatkan saya risau untuk melalui alam rumah tangga ini.
"Namun, saya percaya, dengan berada di landasan agama yang betul, berdoa dan saling memahami antara satu sama lain, Insya-Allah perkara-perkara buruk dapat dielakkan.
"Selain itu, saya tidak sabar untuk mengharungi kehidupan suka duka bersama-sama bakal isteri yang disayangi," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Rizal baru sahaja selesai menjalani penggambaran Puteri Sarawak yang akan di siarkan di saluran RTM pada tahun hadapan.
Rizal dan Maria, 30, yang bertunang pada 26 Mac lalu.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger