1News Online:
Home » , , » Podolski sasar tempat penyerang

Podolski sasar tempat penyerang

Thursday, November 8, 2012 | 4:26 PM


Lukas Podolski mengakui bahawa beliau lebih suka menyerang daripada beraksi sebagai pemain sayap dalam pasukan.

Pemain antarabangsa Jermain itu telah mengambil tempat sebagai pemain sayap dalam pasukan sejak tiba dari Cologne pada musim panas dan telah bermain sebagai penyerang tengah padang sekali - dalam perlawanan pertama pada musim ini menentang Sunderland.
Setelah Theo Walcott berjaya memuaskan pasukan Gunners sebagai penyerang dengan jaringan hatrik beliau menentang Reading diikuti sepakan ke atas Schalke pada hari Selasa, Podolski yakin bahawa beliau mampu memberikan sumbangan yang sama keapda pasukan.
Beliau telah bermain sebagai penyerang untuk pasukan Cologne pada dua musim sebelum itu dan menjaringkan 32 gol. Pemain yang berumur 27 tahun itu mengakui bahawa beliau lebih suka bermain di kubu serangan.
"Saya lebih suka bermain sebagai penyerang," beliau memberitahu wartawan setelah keputusan seri Arsenal 2-2 menentang Schalke.
"Saya mempunyai banyak tugas pertahananan jika diletakkan di kiri padang. Saya tidak dilatih untuk menjadi seorang pemain sayap."
Podolski mendedahkan bahawa beliau berjaya menyesuaikan diri dalam pasukan London itu dengan cepat.
"Arsenal merupakan perubahan besar dalam kerjaya saya," beliau bersambung.
"Saya telah menyesuaikan diri dalam pasukan tetapi saya ingin lebih meningkat - Saya ingin bermain dengan lebih baik."
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger