1News Online:
Home » , » QPR harapkan bantuan Anelka

QPR harapkan bantuan Anelka

Thursday, November 15, 2012 | 1:17 PM



LONDON - Pasukan yang berada pada tangga tercorot Liga Perdana Inggeris (EPL) Queens Park Rangers (QPR) mahu Nicolas Anelka membantu mereka untuk keluar daripada zon penyingkiran.

Anelka, 33, tidak mampu untuk menyesuaikan diri di kelab Shanghai Shenhua sejak meninggalkan Chelsea pada musim lalu dan bersedia untuk kembali beraksi dalam EPL.

Bekas penyerang Liverpool itu berkata, dia mahu berhijrah ke kelab yang mahukan seorang penyerang.

Bagaimanapun, Anelka yang tiba di London kelmarin, dilaporkan menerima bayaran 250,000 pound (RM1.2 juta) seminggu di China dan The Reds tidak mahu membayar dengan nilai tersebut.

Pemilik QPR, Tan Sri Tony Fernandes telah membelanjakan 22 juta pound (RM107 juta) bagi mendapatkan 12 pemain sebagai usaha mengekalkan The Hoops dalam saingan EPL.

Usahawan Malaysia itu dilihat tidak keberatan untuk mengikut permintaan besar Anelka itu. West Ham juga dilaporkan berminat untuk mendapatkan pemain tersebut.

QPR yang masih belum mencatatkan kemenangan akan berdepan Southampton yang juga berada pada zon penyingkiran Sabtu ini dan jika kalah, ia akan terus menimbulkan kehangatan terhadap Fernandes sama ada akan memecat jurulatih, Mark Hughes. - AGENSI


Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger