1News Online:
Home » , » QPR sedang berusaha membeli Defoe

QPR sedang berusaha membeli Defoe

Wednesday, November 28, 2012 | 12:27 PM


London - Di bawah bimbingan Andre Villas-Boas, penyerang Tottenham Hotspur Jermain Defoe  sedang menemui prestasi terbaiknya. Defoe tidak akan dijual pada perpindahan Januari akan datang.

Defoe dikaitkan dengan Queens Park Rangers yang kini dikendalikan oleh bekas pengurusnya, Harry Redknapp. Penampilan penyerang 30 tahun ini dengan pretasi terbaik telah menjaringkan 10 gol dari 19 penampilan dengan Spurs.

QPR kini menduduki kedudukan terbawah Liga Primer dengan jumlah gol yang rendah. Redknapp memerlukan Defoe untuk menajamkan barisan depan The Hoops untuk mengelak dari tersingkir di akhir musim nanti.

Akan tetapi, The Hoops diminta melupakan hasrat tersebut. Villas-Boas menegaskan bahawa Defoe akan dipertahankan.

"Itu tidak mungkin," kata pengurus Tottenham itu ketika ditanya mengenai peluang perpindahan Defoe pada Januari. "Itu sangat mustahit. Kami menaruh kepercayaan kepada dia," kata Villas-Boas sebagaimana dipetik dari Sky Sports.

Bagi Villas-Boas, Defoe adalah salah satu penyerang terbaik yang pernah dimilikinya selain penyerang Atletico Madrid, Radamel Falcao yang pernah menjadi pemain ketika masih menjadi pengurus di FC Porto.

"Saya tentu saja boleh menempatkan dia sebaris dengan Falcao. Keinginan dia untuk mencetak gol sangat besar. Itu yang membuatkan segalanya lebih mudah kerana anda tidak perlu mengajar banyak perkara."

"Dia menghidu setiap bola silang dan ketika ada kesempatan dia bersedia menyerang ke gawang."

Lain pula halnya dengan Michael Dawson, Villas-Boas tidak menghalang pertahanan itu untuk berhijrah. "Saya fikir jika ada kemungkinan yang datang kami akan mempertimbangkannya."
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger