1News Online:
Home » , , » RDM akui bersalah untuk kekalahan

RDM akui bersalah untuk kekalahan

Wednesday, November 21, 2012 | 4:35 PM


Roberto Di Matteo mengakui bahawa beliau patut dipersalahkan untuk kekalahan 3-0 menentang Juventus yang hampir melihat pasukan disingkir.

Pasukan Bianconeri telah mengancam dari awal dan berjaya mendahului tujuh minit dalam babak pertama apabila Fabio Quagliarella menyempurnakan hantaran Andrea Pirlo. Arturo Vidal turut menambah mata sebelum pemain gantian Sebastian Giovinco mengakhiri perlawanan dengan jaringan gol dalam masa tambahan.
Pasukan juara Liga Juara-Juara itu telah menggunakan formasi kubu pertahanan tiga pemain tetapi ia terbukti tidak berbaloi apabila Chelsea dikuasai dengan kekurangan peluang di mana Juve telah memberikan 15 percubaan, dua kali jumlah enam jaringan Chelsea yang tersasar.
Pengurus Blues Di Matteo turut menerima tanggungjawab ke atas kekalahan itu - yang merupakan paling teruk dalam peringkat berkumpulan bagi pasukan.
Keputusan telah meletakkan lebih tekanan ke atas pengurus Itali itu yang turut mengakui merasakan beban hanya enam bulan sejurus selepas meraih kejohanan plaing meriah dalam sejarah pasukan.
Kini, Chelsea harus menang perlawanan terakhir Kumpulan E menentang FC Nordsjaelland dan mengharapkan bahawa Shakhtar Donetsk akan menewaskan Juve walaupun telah melayakkan diri masuk peringkat kalah mati.
Pembantu pengurus Juventus Angelo Alessio menolak kenyataan bahawa pasukan juara Itali itu tidak akan berjuang dalam pertemuan di Shakhtar di mana kededua pasukan tidak perlu menang.
Beliau berkata: "Kami akan ke sana untuk menang."
Di Matteo telah mengecualikan Fernando Torres dan mengubah taktik perlawanan tetapi beliau tetap menerima tanggungjawab ke atas kesilapan itu.
Beliau berkata: "Saya telah menyebabkan kekalahan dan persembahan pasukan. Ia merupakan malam yang amat mengecewakan.
"Saya akan mengambil tanggungjawab kerana saya berpendapat bahawa pasukan cukup kuat untuk mengatasi Juventus.
Apabila ditanya tentang kesalahan beliau untuk menggunakan formasi yang kurang sesuai, Di Matteo mempertahankan strategi beliau dan menegaskan bahawa pasukan beliau telah bermain dengan main.
"Saya merasakan bahawa pasukan cukup kukuh utnuk mengalahkan Juventus. (Eden) Hazard telah mengukir peluang pertama kami. Beliau telah banyak menyerang dan mengukir beberapa peluang untuk pasukan. 
"Saya ingin mengancam Juventus dalam beberapa cara, bukan untuk memberikan mereka peluang. Hazard berjaya melakukan sedemikian setelah beliau banyak mencabar ketiga-tiga pemain pertahanan.
"Kami harus menyusuli kegagalan ini. Gol pertama amat bertuah tetapi kami telah banyak membolos jaringan gol dan harus lebih memperbaiki dalam segi pertahanan. Ia akan tampil sukar untuk kami."
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger