1News Online:
Home » , , » RDM berdiam diri tentang Torres

RDM berdiam diri tentang Torres

Tuesday, November 20, 2012 | 12:17 PM


Spekulasi telah mendakwa bahawa Di Matteo sudah kehilangan sabar untuk Fernando Torres setelah mengantikan beliau dalam perlawanan Sabtu lalu.

Pengurus Chelsea itu telah mengakui pada akhir perlawanan bahawa beliau mungkin mengecualikan penyerang Sepanyol itu dari kesebelasan pasukan namun beliau telah bertukar arah dan menyatakan pada hari Isnin: "Saya tidak akan memberikan kenyataan untuk perlawanan esok (Selasa).
Di Matteo turut meninggalkan petunjuk pada hujung minggu bahawa beliau sedia untuk mengubah gaya permainan yang telah menjejaskan pasukan Chelsea pada musim ini untuk membuahkan hasil. Di Matteo menegaskan perkara paling utama adalah untuk pemain pasukan bangkit dengan positif setelah kekalahan Sabtu lalu.
"Sudah tentu, ia merupakan salah satu keputusan yang membimbangkan pada hari Sabtu," beliau berkata.
" Namun, ia agak biasa jika musim tidak berjalan dengan lancar. 
"Kami masih perlu menonjolkan persembahan yang hebat dan apa-apa boleh berlaku dalam perlawanan. Kami telah membuktikan beberapa kali bahawa pemain pasukan akan mengambil tanggungjawab jika sesuatu berlaku.
"Kini, pasukan penuh komitmen untuk perlawanan esok (Selasa)."
Kekalahan itu didakwa mengejutkan bilik persalinan Chelsea setelah ia dilaporkan bahawa beberapa pemain telah bertengkar dan Di Matteo dikatakan amat berang dengan persembahan mereka.
Namun, pengurus Itali itu menyatakan: "Ia amat penting untuk kami saling berkomunikasi dan untuk pemain meluahkan perasaan. Saya sering mengalu-alukan cara itu.
Tiada tanda jelas yang menunjukkan bahawa Matteo telah kehilangan keyakinan dalam pasukan, sesuatu yang telah mengakibatkan Villas-Boas dipecat. 
"Mereka harus lebih fokus dalam situasi begini," beliau berkata sambil mededahkan bahawa Ashley Cole akan kembali beraksi setelah pulih dari kecederaan hamstring.
"Kami mempunyai kecukupan masalah kecederaan pada masa ini. Kami harus menumpukan perhatian seratus peratus kepada perlawanan akan datang."
Chelsea bakal menjamin tempat dalam peringkat seterusnya jika mereka menang esok sementara keputusan seri akan meninggalkan pasukan berbaki satu perlawanan menentang Nordsjaelland.


Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger