Pengurus Roberto di Matteo mengakui bahawa Chelsea menikmati kemenangan 3-2 menentang Shakhtar Donetsk dalam Liga Juara-Juara UEFA di Stamford Bridge.
Harapan pasukan Blues untuk melayakkan diri dari Kumpulan E hampir dirampas apabila Willian menjaringkan gol dalam kededua babak perlawanan untuk menyamakan kedudukan hasil jaringan Fernando Torres dan Oscar.

"Jaringan gol lewat oleh Victor Moses boleh disifatkan sebagai nasib baik pasukan. Ia merupakan jaringan terakhir perlawanan," Di Matteo berkata. Beliau juga telah mengecualikan kapten John Terry di bangku simpanan sepanjang perlawanan.
"Akhirnya, apabila anda telah berjuang menentang pasukan sehebat mereka, anda berhak menang."
"Kami telah meletakkan tekanan ke atas pasukan lawan dalam babak pertama dan berjaya menjaringkan dua gol jadi kami berhak menang."
Di Matteo berkata: "Ia dijangka akan menjadi permainan yang sukar. Mereka adalah sebuah pasukan yang mempunyai banyak pemain hebat. Mereka telah menonjolkan kehebatan mereka dalam beberapa perlawanan baru-baru ini."
Di Matteo turut mengakui bahawa kemenangan pada hari Rabu telah menyakinkan pasukan untuk perlawanan Kumpulan E terakhir bersama Juventus yang berada jarak satu mata belakang.
"Ia akan merupakan sebagai peluang baik untuk kami melangkah masuk ke peringkat seterusnya," pengurus Itali itu berkata.
"Kami memerlukan dua mata dari baki dua perlawanan dan juga menang perlawanan terakhir."
Post a Comment