1News Online:
Home » , , » RDM yakin dengan kebolehan skuad

RDM yakin dengan kebolehan skuad

Thursday, November 15, 2012 | 6:00 PM

Pengurus Roberto Di Matteo yakin Chelsea mampu mengendalikan beban apabila bermain dalam sembilan perlawanan bulan depan sebagai persiapan Piala Dunia Pasukan.

Pasukan juara Eropah itu dikatakan akan bertanding dalam Piala Dunia Pasukan bersama pasukan Corinthians, Ulsan Hyundai dan Monterrey. Pertandingan bertahun itu akan berlangsung di Jepun dan akan disertai oleh pasukan juara dari pelbagai persekutuan bola sepak seluruh dunia.
Pasukan Blues kini sedang aktif dalam saingan Piala Capital One dan Piala FA serta berada jarak tiga mata di belakang Manchester United dalam liga Perdana Barclays.
Sebelum itu, Di Matteo telah meluahkan kebimbangan beliau jika jadual padat akan menjejaskan prestasi pasukan untuk memenangi pertandingan FIFA diikuti beberapa kecederaan dalam pasukan. Pasukan pernah menujukan hasrat untuk menangguhkan perlawanan pada 8 Disember itu menentang Sunderland tetapi aduan Di Matteo ditolak.
Namun, pengurus Itali itu yakin bahawa pasukan mampu mengendalikan beban untuk menyertai kesemua empat pertandingan itu.
"Sudah tentu, ia boleh menjejaskan pasukan kerana kami akan berhijrah ke negeri yang mempunyai zon masa berlainan sementara pertandingan Liga Perdana masih dimainkan," Di Matteo memberitahu wartawan pada hari Rabu.
" Saya berpendapat bahawa kami mempunyai skuad yang cukup kuat untuk menghadapi cabaran."
Petr Cech turut menyokong kenyataan pengurus beliau dan menyatakan bahawa pasukan mampu menonjolkan kebolehan dalam kesemua sembilan perlawanan pada bulan hadapan.
"Saya bangga dengan kesempatan untuk bermain di sana. Sudah tentu ia akan membuat jadual kami lebih padat," Cech berkata.
"Saya lebih suka untuk menggunakan peluang itu untuk bermain dan mendapat lebih pengalaman."
Chelsea tidak pernah menyertai pertandingan itu tetapi pernah memenangi Piala Super UEFA pada tahun 1998.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger