1News Online:
Home » , , » Red Devils sedia berjuang

Red Devils sedia berjuang

Tuesday, November 20, 2012 | 1:47 PM


Pengurus Manchester United Sir Alex Ferguson menegaskan bahawa penampilan kembali ke Instanbul tidak akan menimbulkan masalah.

Ferguson telah membawa pasukan juara beliau ke padang Ali Sami Yen sejak 19 tahun yang lalu di mana mereka ditewaskan dan disingkir dari saingan yang lama. Galatasaray juga telah mengubah padang ke Arena Turk Telecom - namun para penyokong mereka masih kekal paling fanatik di Eropah.
Ramai golongan para penyokong telah tiba untuk menjemput United awal malam ini hanya untuk menyaksikan Ferguson dan pasukan keluar melalui terowong lain.
Pasukan tidak mampu melarikan diri pada hari Selasa di mana mereka akan berjuang untuk mempertahankan rekod seratus peratus dalam pertandingan pada musim ini dan Ferguson tidak sabar.
"Kami mampu mengelak jemputan para penyokong di lapangan terbang kali ini," pengurus United itu berkata.
"Pada tahun 1993, kami telah ke sini dan suasana begitu hebat. Ia merupakan sebuah pengalaman baru tetapi ia juga sesuatu yang menyeramkan. Kami telah menyesuaikan diri dengan semangat fanatik Turki dan ia tidak lagi menimbulkan masalah."
Dengan kebanyakan pemain berpengalaman - termasuk Robin van Persie dan Wayne Rooney - yang dikecualikan dari pasukan, Darren Fletcher dijangka akan mengetuai pasukan pelawat itu.
Beliau hanya mampu mendengar kisah tentang Galatasaray - Ryan Giggs merupakan pemain terakhir di pasukan yang mempunyai pengalaman namun beliau turut ditinggalkan - tetapi pemain tengah itu menggesa bahawa beliau mempunyai cukup pengetahuan tentang bola sepak Turki untuk menantikan cabaran yang sukar.
"Para penyokong amat ghairah menantikan kehadiran kami." beliau berkata.
"Saya tidak pernah bermain menentang Galatasaray tetapi saya pernah ke Bursaspor dan Besiktas. Ia meninggalkan kesan yang menakjubkan.
"Sudah tentu ia akan mencabar dan sesuatu yang kami perlu mengatasi. Unutuk saya, ia akan merupakan sebuah stadium baru dan anda perlu menikmati pengalaman ini. Saya mengharapkan bahawa kami mampu melakukan yang terbaik."
Chris Smalling yang turut dikecualikan dari kesebelasan pasukan, untuk memberikan beliau lebih masa menyesuaikan diri dalam pasukan sebelum pertemuan bersama QPR di Old Trafford pada hari Sabtu. Ia juga bermakna bahawa Michael Carrick akan digandingkan bersama Scott Wootton di kubu pertahanan.
Phil Jones turut kembali beraksi untuk kali pertama pada musim ini setelah melalui kecederaan tulang belakang dan pembedahan lutut.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger