1News Online:
Home » , » Redknapp Dilantik Pengurus Baru QPR

Redknapp Dilantik Pengurus Baru QPR

Saturday, November 24, 2012 | 3:44 PM


HARRY Redknapp dilantik sebagai pengurus baru Queens Park Rangers (QPR) selepas Mark Hughes dipecat pada Jumaat.

Hughes telah dipecat, namun dia diminta mengendalikan pasukan buat kali terakhir menentang Manchester United pada Sabtu sebelum meninggalkan kelab dalam apa jua keputusan yang bakal dicatat.

Bekas pengurus Tottenham Hotspur, Redknapp menerima jawatan ini dengan kontrak perjanjian dua tahun setengah.

"Saya berbesar hati menerima jawatan ini. Ia merupakan satu cabaran besar dan sedia menghadapinya.

"Saya akan menonton perlawanan pada Sabtu dan jika perlu saya akan mencatat apa yang patut.

"Pagi Ahad saya akan bertemu pemain-pemain dan menjalani latihan pada Isnin sebelum bertandang ke Sunderland," jelasnya.

Sehingga kini QPR gagal memenangi sebarang perlawanan dalam 12 aksi , malah hanya mengutip empat mata sekaligus meletakkan mereka di kedudukan terbawah liga.

"Kelab Queens Park Rangers hari ini telah menamatkan kontrak Mark Hughes serta merta.

"Selepas menilai segala aspek, keputusan telah dibuat ke arah perubahan yang lebih positif.

"Terima kasih kepada Mark yang telah semangat yang baik sepanjang sepuluh bulan mengendalikan pasukan ini," jelas kenyataan kelab.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger