1News Online:
Home » , , » "Reds berhak mendapat keputusan"

"Reds berhak mendapat keputusan"

Monday, November 12, 2012 | 2:51 PM

Jamie Carragher yakin bahawa Liverpool berhak mendapat keputusan seri dalam perlawanan menentang Chelsea di Stamford Bridge.

Pasukan Blues telah mendahului dalam babak pertama hasil jaringan John Terry yang telah diangkat keluar padang setelah bertembung dengan Luis Suarez yang berjaya menyamakan kedudukan dalam babak kedua.
Carrageher memberitahu Sky Sports 1: "Saya berpendapat bahawa Chelse ebih menguasai dalam babak pertama tetapi kami tampil menyerang selepas masa rehat.
"Kami berhak mendapat keputusan seri itu kerana kami telah berjuang sepanjang separuh masa kedua."
Ia merupakan penampilan pertama Carragher dalam liga musim ini dan beliau berkata: "Liga Perdana adalah sebuah peningkatan dari saingan piala dengan tahap yang lebih tinggi dan sukar.
"Jika saya tersenarai untuk bermain, saya akan memberikan yang terbaik. Ia adalah keputusan pengurus.
Ditanya jika beliau akan berang jika tidak dapat beraksi, Carragher berkata: "Ya dan tidak. Saya ingin bermain tetapi saya akan menghormati keputusan pengurus. Saya tidak akan menimbulkan masalah."
Rakan sepasukan Reds Jose Enrique juga menambah: "Perkara paling penting pada masa ini adalah persembahan pasukan. Suarez adalah seorang pemain yang hebat dan merupakan pemain kunci dalam pasukan."
Pengurus Liverpoool Brendan Rodgers turut percaya bahawa keputusan untuk mengubah sistem dalam babak kedua telah membuahkan hasil.
Beliau memberitahu Sky Sports 1: "Saya berpendapat bahawa kami tertalu sensitive kepada bola tetapi kami mula bangkit dan bermain dengan lebih cekap selepas masa rehat.
"Ia amat sukar untuk bertanding di sini dan saya merasakan bahawa ia adalah sebuah mata yang baik untuk pasukan. Para pemain harus diberikan kredit kerana mereka telah bermain dengan baik."
Rodgers turut memberikan pujian kepada Carragher: "Prestasi beliau amat hebat dan persiapan beliau sebelum perlawanan terbukti sepanjang perlawanan. 
"Hari ini (Ahad), beliau menonjolkan persembahan yang luar biasa dan telah beraksi seperti seorang pemain bola sepak yang professional."
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger