1News Online:
Home » , , » Roberto Mancini akui kelemahan City

Roberto Mancini akui kelemahan City

Monday, November 12, 2012 | 2:48 PM


Roberto Mancini mengakui bahawa pemain Manchester City tidak cekap menanda pemain dalam permainan set-pieces.

City telah membolosi beberapa jaringan gol pada musim ini dan telah melakukan yang sama dalam perlawanan menentang Tottenham semalam sebelum bangkit untuk merampas kemenangan 2-1.
Keputusan untuk melanggar zon system panandaan di mana Mancini telah menyuruh pemain menanda kawasan padang dan bukan pemain, telah dikritik.
Namun, Mancini yakin bahawa ia bukan punca masalah. Pengurus City itu menyatakan bahawa keadaan mungkin bertambah buruk jika beliau menukar corak permainan.
"Kami tidak cukup kuat untuk menanda pemain dan setiap kali kami melakukan sedemikian, kami akan tentu membolos sepakan penalti," Mancini berkata.
"Kami mampu berubah dan sedang berjuang untuk menyesuaikan diri dengan sistem itu."
Sergio Aguero berjaya menyamakan kedudukan setelah tandukan gol oleh Steven Caulker dalam babak pertama namun pasukan diselamatkan oleh gol lewat hasil Edin Dzeko untuk meraih kemenangan.
Sumbangan pemain dari Bosnia itu pada minit ke 88 merupakan yang ke tujuh beliau pada musim ini dengan enam jaringan gol sebagai pemain gantian. Jumlah itu lebih menyerlah dengan reputasi Dzeko sebagai pemain gantian.
"Kami hanya mampu memilih 11 pemain," pembantu pengurus Blues David Platt verjata.
"Kami mempunyai ramai pemain yang ingin beraksi dalam kesebelasan pasukan dan Edin adalah salah satu pemain. Kami sedar bahawa beliau adalah ancaman kepada pasukan alwan.
"Beliau telah menjaringkan gol pada musim ini dan banyak meyelamatkan pasukan."
Kemenangan itu membenarkan City untuk mengatasi Chelsea ke tempat kedua dengan jarak dua mata di belakang Manchester United.
Anak didik Mancini kekal tidak pernah kalah dalam Liga Perdana dan telah melalui 25 perlawanan sejak kekalahan terakhir menentang Everton di padang sendiri pada bulan Disember 2011.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger