1News Online:
Home » , , » Rodgers buru sasaran lebih baik

Rodgers buru sasaran lebih baik

Tuesday, November 13, 2012 | 9:54 AM

Brendan Rodgers mengatakan bahawa Liverpool harus meningkatkan permainan demi masa depan sejarah kelab itu.

Pasukan Reds kini telah melalui enam perlawanan tanpa kalah termasuk pada hari Ahad apabila merampas satu mata dalam keputusan seri 1-1 dengan Chelsea.
Walaubagaimanpun ia tidak cukup untuk memperbaiki posisi mereka di tempat ke 13 dan mereka mengakhiri minggu dengan 15 di belakang Manchester United selepas 11 perlawanan.
Malangnya, dua belas mata juga tidak cukup untuk menyenangkan hati para penyokong Liverpool yang sudah biasa dengan kejuaraan Piala Eropa, dan kebanyakan dari mereka telah memberi sorakan, "Kami telah memenanginya lima kali" semasa perlawanan di Chelsea.
Mereka juga kelihatan lebih bersabar dengan pengurusan Rodgers dan beliau berkata: "Mereka kini lebih berpelajaran. Detik ini amat mencabar bagi mereka. Kami semua tahu tentang zaman kegemilangan Liverpool tetapi kami harus mula pandang ke hadapan pula."
"Jika kami tidak mempunyai kekuatan kewangan, kami harus memperkembangkan pasukan.
"Para penyokong amat bersabar kepada saya dan pasukan saya, dan saya tahu mereka mungkin akan kecewa dari beberapa keputusan yang kami raih tetapi sokongan padu mereka tidak pernah henti."
"Apa yang jelas adalah kami masih mempunyai perjalanan yang jauh."
"Kami telah mengakhiri liga di tempat ke lapan tahun lepas dan saya yakin kami boleh memperbaikinya.
"Walaubagaimanapun kami memerlukan satu atau dua pemain baru. Jika mampu, kami dapat mengubah keputusan seri kepada kemenangan.
"Harga pemain kini sudah melambung dan tidak ramai yang ada pada bulan Januari, tetapi para pemilik telah memberi saya sokongan yang baik.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger