1News Online:
Home » , , » Rodgers mempertahankan pasukan

Rodgers mempertahankan pasukan

Friday, November 9, 2012 | 5:43 PM


Pengurus Liverpool Brendan Rodgers menegaskan bahawa ia kurang sopan untuk menyatakan bahawa keputusan beliau telah menyebabkan kekalahan 1-0 kepada Anzhi.

Liverpool yang telah mengecualikan beberapa pemain utama seperti Steven Gerrard dan Luis Suarez, ditewaskan oleh jaringan gol Lacina Traore pada detik akhir separuh masa pertama dalam perlawanan Liga Eropah Kumpulan A di Moscow.
Namun, Rodgers berpendapat bahawa pasukan yang telah mempunyai 9 pemain England, pemain baru Conor Coady dan mempunyai purata umur bawah 24 tahun, telah menonjolkan lebih dari apa yang dijangka.
"Ia kurang sopan untuk pemain yang telah beraksi dalam perlawanan," pengurus Ireland Utara itu menjawab mengenai isu jika Gerrard dan pemain utama yang lain mampu menyelamatkan pasukan dalam perlawanan itu.
"Mereka telah berjuang sepanjang perlawanan dan saya rasa kami dihukum akibat kesilapan pada babak pertama.
"Kesilapan itu telah menyebabkan kekalahan pasukan tetapi ia tidak ada kaitan dengan Suarez, Gerrard, Joe Allen, Martin Skrtel atau Daniel Agger."
Jaringan gol Traore tiba setelah beliau berjaya mengatasi Sebastian Coates lalu memberi sepakan melulusi penjaga gawang Brad Jones.
Rodgers turut berkata bahawa pemain pasukan sedar akan kesilapan masing-masing.
"Sudah tentu kami kecewa dengan keputusan tetapi saya gembira melihat pemain berjuang sepanjang perlawanan," beliau menambah.
"Kami berjaya fokus dalam perlawanan selama 44 minit dan 50 saat dalam babak pertama. Kami telah membuat kesilapan dan dihukum. Babak kedua lebih mengecewakan kerana kami telah mengukir lebih peluang.
"Kami telah menjangka bahawa paskuan lawan akan tampil sama kuat dengan barisan pemain utama namun kami mampu mempertahan. Beberapa pemain muda kami telah bermain dengan baik. Persembahan mereka menyerlah walaupun sedang beraksi di padang asing."
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger