1News Online:
Home » , , » Rodgers - Perlu sasar empat teratas

Rodgers - Perlu sasar empat teratas

Wednesday, November 28, 2012 | 10:08 AM

Brendan Rodgers telah mengakui bahawa Liverpool perlu cuba layakan diri ke Liga Juara-Juara jika ingin menarik pemain handal.


Pasukan Reds gagal mencapai tempat empat teratas dalam tiga musim terakhir dan ia telah menjejas pemburuan untuk pemain baru.

Kini Liverpool sembilan mata di belakang Chelsea yang menduduki tempat keempat tetapi Reds mampu memperbaiki keyakinan jika dapat mengalahkan Tottenham, yang berada empat mata di hadapan mereka.

Spurs telah membuktikan kemampuan untuk menarik pemain yang terkenal dengan peluang bermain di Eropah.

Pada musim panas, mereka telah menandatangani dua dari pemain yang disasar Liverpool, Gylfi Sigurdsson dan penyerang Clint Dempsey.

Pengurus Reds itu tahu yang beliau tidak mampu bersaing kebolehan keewangan pasukan Andre Villas-Boas dan mendedahkan yang peningkatan Liverpool akan makan masa.

"Pasukan Spurs telah belanja dalam lingkungan £55 juta untuk pemain baru." kata Rodgers.

"Tetapi bukan sahaja dalam musim perpindahan terakhir. Tottenham telah memperbaiki kedudukan mereka dengan perlahan-lahan dan peningkatan mereka telah makan masa juga.

"Kami sedang cuba untuk mengulangi kejayaan mereka.

"Sudah tentu Liverpool ingin menarik pemain yang terkenal dan bakat yang terbaik.

"Tetapi kebanyakan pemain ingin bermain dalam Liga Juara-Juara jadi sukar untuk mereka ke sini.
"Kami tidak jauh dari sasaran yang ditetapkan dan hanya memerlukan masa."

Pasukan Rodgers telah dikukuhkan oleh beberapa pemain baru tetapi beliau telah menyatakan bahawa beliau tidak mempunyai perbelanjaan yang besar.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger