1News Online:
Home » , , » Rodgers: Suarez bukan untuk dijual

Rodgers: Suarez bukan untuk dijual

Saturday, November 17, 2012 | 3:25 PM


BRENDAN Rodgers mengulangi pendiriannya untuk tidak menjual Luis Suarez, Januari ini.
Malah, pengendali The Reds itu bertegas tidak melayan sebarang bidaan daripada kelab lain.
Kelmarin, Manchester City melahirkan hasrat membawa penyerang antarabangsa Uruguay itu ke Etihad.
Ia sebagai salah satu pilihan andai City memutuskan untuk menyingkirkan penyerang bermasalahnya, Mario Balotelli.

Berikutan 'ancaman' terbaru itu, Rodgers terpaksa merangka strategi baru bagi menghalang pemain berkenaan meninggalkan Anfield.

"Saya sedar banyak mata memerhatikan Suarez, tapi saya ulangi pendirian sebelum ini bahawa dia bukan untuk dijual.

"Jika kami menjualnya, kami kehilangan penyerang. Apa pun, saya akan berjuang melindungi dan mempertahankan aset kelab," katanya.
Sementara itu, Suarez yang dipetik menerusi laman sesawang rasmi kelab berkata, dia komited untuk kekal di Anfield.

"Saya mempunyai kontrak jangka panjang di sini. Bermain bersama Liverpool umpama mimpi jadi kenyataan kerana sejak kecil saya mengimpikan bermain bersama kelab seperti ini," katanya.

Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger