1News Online:
Home » , , » Sukan - Rodgers: Swansea lebih hebat

Sukan - Rodgers: Swansea lebih hebat

Thursday, November 1, 2012 | 7:27 PM


Pengurus Liverpool Brendan Rodgers mengakui bahawa prestasi pasukan amat lemah dalam kekalahan 3-1 bersama Swansea dalam saingan Piala Capital One.

Bekas pasukan Rodgers telah mendahului perlawanan dengan tandukan Jose Flores sebelum menambah kelebihan itu melalui usaha Nathan Dyer. Kapten Liverpool Steven Gerrard turut mengukir peluang untuk Luis Suarez menjaringkan gol pertama tetapi usaha mereka tidak berbaloi apabila Jonathan De Guzman menjaringkan gol penutup perlawanan.
Rodgers telah mengucapkan tahniah kepada pasukan Swansea dan mendedahkan bahawa pasukan itu berhak meraih kemenangan semalam.
"Saya tidak menjangkakan prestasi lemah oleh pasukan dalam babak pertama. Ia merupakan malam yang sukar untuk kami," beliau berkata.
"Swansea merupakan pasukan yang lebih hebat dan kreatif dalam perlawanan. Mereka telah menggunakan peluang dengan baik. Sudah tentu kami sedih setelah disingkirkan dari pertandingan tetapi kami tidak akan mengadu. Anda akan berasa lebih kecewa jika pasukan telah menguasai perlawanan namun tetap ditewaskan pada akhir perlawanan. "


Bukan sahaja kegagalan untuk mengekalkan kejohanan Piala Capital One tetapi Reds juga sedang berada di tangga ke 12 dalam kedudukan Liga Perdana. Rodgers mengakui bahawa keputusan dari beberapa perlawanan sebelum ini hanya membuktikan beban yang berat terhadap beliau.

"Hari ini akan dijadikan sebagai pengajaran untuk saya. Ia telah mengecewakan saya tetapi anda harus menerima seandainya dan bergerak ke hadapan."
Pengurus Liverpool itu terpaksa menurunkan pemain utama seperti Gerrard and Suarez pada separuh masa pertama apabila gandingan Joe Cole dan Samed Yesil tidak menyerlah. Namun, Rodgers tetap optimistik bahawa pemain beliau mampu meningkat dalam masa terdekat.
"Saya ingin mengekalkan Gerrard dan Suarez di bangku simpanan pada malam itu untuk berehat kerana mereka telah bermain dalam perlawanan berturut-turut tetapi apabila anda memerlukan mereka, anda harus membiarkan mereka bermain. Prestasi pasukan hanya mampu meningkat dengan kehadiran mereka," beliau menyatakan.
"Kami tidak mampu bergantung kepada dua pemain sahaja. Kami mempunyai skuad yang kecil dan sedang bermain dalam tiga pertandingan. Saya telah melakukan beberapa perubahan dalam kesebelasan pasukan untuk memberikan lebih banyak peluang kepada pemain-pemain yang lain."
Newcastle akan ke Anfield untuk menentang pasukan tuan rumah dalam perlawanan liga pada hujung minggu ini.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger