1News Online:
Home » , , » Rodgers: Tiada perubahan besar

Rodgers: Tiada perubahan besar

Monday, November 19, 2012 | 6:21 PM


Pengurus Liverpool Brendan Rodgers tidak merasakan bahawa perubahan besar akan berlaku kepada pasukan pada musim perpindahan bulan Januari nanti.

Liverpool mempunyai kurang pilihan untuk menolong penyerang utama Luis Suarez setelah rakan sepasukan Fabio Borini dikecualikan dengan kecederaan tempoh lama sementara pemain antarabangsa England Andy Carroll yang dipinjamkan kepada West Ham sehingga akhir musim. Ramai peminat menyakinkan bahawa pasukan memerlukan seorang penyerang baru supaya mereka tidak perlu bergantung kepada pemain bintang Uruguay itu.
Pengurus Utara Ireland itu menyatakan bahawa pemilik pasukan tidak begitu gemar untuk membeli pemain baru dalam musim perpindahan akan datang ini dan sedang mencari cara untuk meningkat kewangan pasukan.
Pasukan Merseyside itu telah berbelanja besar di bawah bekas pengurus Kenny Dalglish walaupun banyak pemain yang ditawar oleh pengurus Scotland itu masih berjuang untuk mendapat tempat dalam kesebelasan pasukan.
"Sudah tentu, sebuah pasukan akan cuba mendapat kembali wang," Rodgers memberitahu wartawan. "Musim ini akan tampil sukar untuk kami.
"Kami hanya boleh menyaksikan apa yang mungkin berlaku dalam musim perpindahan bulan Januari nanti. Tiada perubahan besar dalam segi pemain akan berlaku dan ia merupakan realiti keadaan pasukan sekarang.
"Kami ingin lebih meningkat dalam tempoh enam bulan akan datang dan akan cuba menyelesaikan kesemua masalah pada bulan Januari nanti untuk mengukuhkan pasukan.
"Saya mengharapkan bahawa prestasi pasukan akan berubah pada musim panas."
Rodgers telah menyaksikan pemergian pemain bintang seperti Charlie Adam, Dirk Kuyt dan Maxi Rodriguez dan ia dijangka bahawa Stewart Downing, Jordan Henderson dan Joe Cole bakal melakukan yang sama pada bulan Januari nanti.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger