1News Online:
Home » , , » Ronaldo nafi bincang perpindahan

Ronaldo nafi bincang perpindahan

Monday, November 26, 2012 | 10:40 AM


Cristiano Ronaldo telah mengakui telah bertemu Sir Alex Ferguson tetapi menafikan perbualan tentang perpindahan.

Spekulasi tentang masa depan Ronaldo telah dicetuskan oleh kenyataan tentang perasaan beliau yang tidak serasi di Sepanyol.

Pihak Real telah cuba menangani komen itu dengan tidak membuat tindakan kerana ingin beliau kekal di kelab itu.

Ronaldo kini kelihatan sudah mencapai kenikmatan bola sepak sekali lagi dan menegaskan yang perbincangan tentang perpindahan ke Old Trafford tidak berlaku apabila beliau bertemu dengan bekas pengurus beliau apabila ke Manchester untuk perlawanan dengan City di Liga Juara-Juara.

Ronaldo berkata: "Saya telah bertemu Alex Ferguson pada hari perlawanan apabila beliau ke hotel kami untuk berbual dengan Jose Mourinho.

"Sudah tentu saya akan berbual dengan baliu. Kami masih mempunyai hubungan baik."

Apabila diberitahu bahawa yang Ferguson ingin membawa beliau kembali ke England tetapi nilai beliau mungkin menjejas perbincangan, beliau menjawab: "Tidak. Kami tidal berbincang tentang itu.

"Kami hanya berbual tentang masa saya di Manchester United dan di Real Madrid. Kami gembira dapat bertemu lagi."

Ronaldo masih minat mengikut jejak langkah United dalam kedudukan liga dan menyatakan yang beliau rasa bekas kelab beliau mampu merampas kejuaraan City.

Beliau berkata: "Masih terdapat tiga atau empat pasukan yang boleh mencapai kejuaraan liga, itu sebab ia dikenali sebagai liga yang paling kompetitif di dunia.

"Ia amat mencabar tetapi saya rasa United dapat memenanginya tahun ini.

"Ia agak sukar tetapi United mempunyai tonggak serangan yang padat tahun ini."


Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger