1News Online:
Home » , » Ronaldo: Saya kagumi Lionel Messi

Ronaldo: Saya kagumi Lionel Messi

Monday, November 5, 2012 | 5:03 PM


Cristiano Ronaldo meluahkan kebanggaan beliau terhadap Lionel Messi walaupun mereka bukan 'kawan'.

Ronaldo dan pemain bintang Barcelona, Lionel Messi akan berjuang untuk anugerah FIFA Ballon D'Or sekali lagi - anugerah yang diberikan kepada Pemain Terbaik Dunia setelah kededua pemain berjaya menguasai dunia bola sepak.
Penyerang Real Madrid itu turut menyifatkan Messi sebagai seorang pemain yang hebat dan mengakui bahawa beliau tidak mampu mengelak diri dari perbandingan antara mereka.
Katanya kepada siaran televisyen Amerika Syarikat beIN Sport, pemain Portugis itu berkata: "Bukan hanya sekarang, tetapi selama lima tahun - ia telah kekal sama. Saya tidak boleh mengubah situasi. Saya tidak bekerja untuk pihak media. Mereka suka membuat perbandingan antara kami.
"Saya akan sambung berlatih dan menjaringkan gol. Saya lebih suka bermain untuk menolong pasukan, bukan untuk memikir tentang perkara itu.
"Messi adalah seorang pemain yang hebat. Kami mempunyai hubungan yang profesional sama dengan pemain yang lain. Saya bukan rakan beliau kerana kami tidak mempunyai bilik persalinan yang sama dan tidak keluar makan malam, tetapi saya amat mengagumi beliau sebagai seorang pemain profesional."
Ditanya jika mereka akan beraksi bersama, Ronaldo berjenaka bahawa Messi harus berpindah dari Camp Nou ke Bernabeu untuk melakukan sedemikian.
"Bermain bersama Messi? Tiada masalah - jika beliau datang ke sini, kami akan bermain bersama tetapi ia akan menjadi sukar untuk saya ke sana.
Sebelum itu, Messi juga ditemuramah oleh El Mundo Deportivo di mana beliau disuruh untuk menjawab soalan kekata mengenai topik yang diberikan oleh pusat akhbar sukan dari Barcelona itu.
Juara Ballon D'Or tiga kali itu telah disuruh untuk memberikan komen tentang pemain Real Madrid Ronaldo - seorang pemain yang kerap mejadi saingan beliau dalam perjuangan anugerah Pemain Terbaik Dunia beberapa  tahun baru-baru ini.
"Cristiano adalah seorang pemain yang hebat," Messi berkata.
"Saya tidak mengenali beliau secara dekat tetapi beliau adalah salah satu pemain terbaik dunia."
Messi juga ditekan untuk memberikan pendapat beliau tentang pengurus Real Madrid Jose Mounrinho yang dikatakan sebagai seorang pengurus yang banyak mencipta kontroversi.
Beliau turut menyatakan Mourinho sebagai pengurus yang hebat tetapi pemain Argentina itu lebih selesa dengan pujian terhadap rakan sepasukan Barca Xavi Hernandez.
"Selain di atas padang, beliau juga merupakan seorang rakan yang baik. Saya amat menghormati beliau," Messi berkata.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger