1News Online:
Home » , , » RVP akan bantu United

RVP akan bantu United

Thursday, November 29, 2012 | 2:41 PM

Pengurus West Ham, Sam Allardyce yakin bahawa Robin van Persie mampu memberikan kemenangan kepada pasukan pada akhir musim Liga Perdana ini.


Pemain Belanda itu telah menjaringkan gol ke 12 beliau pada musim ini setelah hanya 33 saat masuk perlawanan Manchester United menentang Hammers di Old Trafford pada hari Rabu.

Ia telah memberikan pasukan Red Devils kemenangan dan telah mengekalkan tempat utama mereka dalam liga sebelum perlawanan derby menentang City di Stadium Etihad pada 9 Disember.

Kini, kejohanan itu dijangka akan diberikan antara kededua pasukan setelah Chelsea gagal meningkatkan kedudukan dan Allardyce merasakan bahawa Van Persie bakal menjadi kunci utama dalam kemenangan itu.

"Manchester United mempunyai ramai pemain yang hebat dan mampu melakukan apa yang diminta oleh pengurus," Allardyce berkata.

"Robin van Perise merupakan seorang pemain yang berkualiti dan kami telah memerhatikan beliau.
"Beliau mampu menjaringkan 20 gol untuk Manchester United, mungkin 30 pada masa akan datang. "
Allardyce dapat mempelajari dari kunjungan pertama ke Old Trafford sebagai pengurus pasukan pelawat sejak beliau melalui kekalahan 7-1 di Blackburn dua tahun yang lalu.

Apabila Van Persie berjaya membuka tirai awal perlawanan, pasukan Hammers telah menjangkakan akhir perlawanan yang sama.

Namun, mereka kekal berjuang sehingga akhir perlawanan, hanya untuk Carlton Cole mensia-siakan peluang terbaik apabila dihalang oleh Anders Lindergaard.

"Ia adalah masalah besar untuk membolosi gol setelah hanya 30 saat," Allardyce berkata. "Namun, kami telah bangkit semula dengan baik.

"Kami tidak mampu mengukir kecukupan peluang tetapi kami telah berjuang untuk menyamakan kedudukan dan ia diberikan kepada Carlton Cole yang telah gagal memanfaatkan peluang itu.
"Ia tidak mengira jika Manchester United telah beraksi dengan baik atau tidak. Mereka tetap meraih kemenangan pada akhir perlawanan."
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger