1News Online:
Home » , , » "RVP pemain bintang United"

"RVP pemain bintang United"

Friday, November 9, 2012 | 5:33 PM


Penyerang Manchester United Wayne Rooney menyifatkan Robin Van Persie sebagai pemain bintang pasukan.

Penyerang Belanda Van Persie telah menonjolkan kehebatan beliau dalam kededua perlawanan United sebelum ini termasuk jaringan gol terbaru dalam kemenangan 2-1 dalam perlawanan Liga Perdana Barclays menentang bekas pasukan Arsenal di Old Trafford pada hari Sabtu diikuti perlawanan Liga Juara-Juata di Braga yang telah berakhir dengan keputusan 3-1 pada hari Rabu.

Jumlah jaringan gol beliau kini meningkat dari 11 ke 14 untuk pasukan Red Devils setelah berpindah dari Arsenal pada musim panas dan Rooney tidak pernah meragukan bakat beliau.
Pemain antarabangsa England itu juga menegaskan bahawa Van Persie adalah lebih dari seorang penjaring gol kerana beliau mempunyai kemampuan untuk mengukir peluang dan memberikan hantaran tepat.
"Beliau terbukti tambahan baik untuk pasukan. Kehadiran beliau telah memanfaatkan kami - saya, Chicharito (penyerang Javier Hernandez) dan kesemua pemain tengah. Beliau telah melalui musim yang baik dalam Liga Perdana tahun lalu dengan jumlah 30 jaringan gol."
"Beliau adalah seorang pemain yang serba baik dan telah menyesuaikan diri dalam pasukan."
Tendangan Van Persie pada minit ke 80 telah menyamakan kedudukan setelah Alan berjaya membuka tirai perlawanan pada minit ke 49 sekaligus memberikan semangat kepada pasukan sebelum Rooney and Hernandez menyumbang dua gol seterusnya. United berjaya mendapat tempat teratas Kumpulan H selaku menjamin tempat dalam peringkat seterusnya. 
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger