Robin Van Persie menyatakan bahawa gandingan bersama Rooney semakin kuat setelah mereka mengamalkan posisi baru - 'Sembilan Setengah'.
Pemain dari Belanda itu menyatakan bahawa mereka selalu berganding di kubu serangan seperti biasa dalam tradisi bola sepak di mana pemain nombor sembilan akan dibantu oleh pemain nombor sepuluh yang akan mengukir peluang dari hantaran pemain tengah padang.
.jpg)
Pemain itu memberitahu laman web rasmi pasukan: "Saya memberikan nama ‘Sembilan Setengah' kerana biasanya, anda akan mempunyai dua posisi iaitu pemain nombor sembilan dan sepuluh tetapi kami berdua telah beraksi sebagai pemain sembilan setengah."
"Kami ingin saling membantu. Ia berhasil pada masa ini dan saya mengharapkan bahawa kami mampu megekalkan posisi yang sama dalam perlawanan akan datang."
Pengurus United Sir Alex Ferguson turut mengesahkan bahawa gandingan kededua pemain itu menyerlah tetapi pasangan itu masih belum mencapai keputusan terbaik walaupun pernah menonjolkan kehebatan dalam kemenangan 2-1 ke atas Gunners pada hujung minggu lalu.
Ferguson berkata: "Mereka mempunyai gerakan yang sama dan berani menghadapi cabaran dalam permainan. Mereka berdua merupakan pemain bola sepak yang hebat dan selalu kelaparan untuk menang. Perlawanan menentang Arsenal bukan persembahan terbaik dan mereka mampu menonjolkan yang lebih mantap."
Post a Comment