1News Online:
Home » , , » RVP sesuai untuk United

RVP sesuai untuk United

Wednesday, November 28, 2012 | 4:25 PM

Ruud van Nistelrooy yakin bahawa Robin van Persie mampu mencapai lebih kejayaan di United pada masa akan datang.


Van Nistelrooy kembali ke Old Trafford pada hari Jumaat untuk pelancaran patung Sir Alex Ferguson.

Kerjaya Van Nistelrooy di Manchester United berakhir pada tahun 2006 setelah pengurus United itu melepaskan beliau kerana yakin bahawa penyerang itu berpengaruh negatif dalam bilik persalinan.

Namun, ia tidak menjejaskan rekod jaringan gol Van Nistelrooy yang telah banyak mengharumkan nama United.

Dalam jangka masa lima musim bersama Red Devils, Van Nistelrooy telah menjaringkan sebanyak 150 gol termasuk 44 dalam musim kemenangana Liga Perdana pada tahun 2002-03, sesuatu yang sukar untuk Cristiano Ronaldo melakukan.

Walaupun beliau telah jatuh ke tempat ke sebelas dalam kedudukan penjaring gol United, antara yang teratas adalah Tommy Taylor yang mempunyai ratio lebih gol dalam setiap perlawanan.

Ia tidak meragukan apabila beliau masih disambut meriah oleh para penyokong United dan telah dijadikan contoh terbaik untuk setiap penyerang baru di United.

Namun, Van Nistelrooy tidak mahu pencapaian beliau kekal selama-lamanya dan mengharapkan bahawa Van Persie dapat meningkatkan rekod gol di United.

"Saya mengharapkan bahawa beliau dapat mengatasi pencapaian saya," Van Nistelrooy berkata
"Itu akan menjadi perkara yang terbaik untuk pasukan dan diri beliau.

"Masa saya sudah tamat dan orang lain patut mengambil alih.

"Saya mengharapkan bahawa beliau dapat mencapai yang sama."

Van Persie menyerlah dalam musim penampilan di United. Bekas pemain Arsenal itu telah menjaringkan sebanyak 11 gol dalam 17 perlawanan pertama, dua perlawanan lebih dari Van Nistelrooy untuk mencapai jumlah yang sama.

"Beliau sesuai di United," Van Nistelrooy berkata,"Cara beliau bermain dan berjuang dalam perlawanan.

"Beliau menyerlah setakat ini dan saya mengharapkan bahawa beliau mampu mengekalkan prestasi."
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger