1News Online:
Home » , , » Sagna selesa bermain untuk Arsenal

Sagna selesa bermain untuk Arsenal

Friday, November 16, 2012 | 4:34 PM


Pemain pertahanan Arsenal Bacary Sagna menafikan spekulasi bahawa beliau kurang bahagia di pasukan Gunners.

Sagna dilaporkan kurang bahagia dengan Arsenal setelah pemain bintang Robin van Persie dan Alex Song dibenarkan untuk meninggalkan pasukan pada musim panas dan pemain antarabangsa Perancis itu kelihataan bersungguh untuk mengikut jejak bekas rakan sepasukan meninggalkan pasukan.
Kontrak pemain yang berumur 29 tahun itu bersama Gunners akan berakhir pada musim seterusnya, dan walaupun rundingan kontrak baru telah diadakan, ia dipercayakan bahawa bekas pemain Auxerre itu telah melambatkan perbincangan secara sengaja dengan harapan untuk menerima tawaran lebih baik dan jaminan arah pasukan dalam masa akan datang.
Namun, Sagna telah menolak dakwaan dengan meluahkan kegembiraan beliau untuk bermain dalam pasukan dan bertekad untuk memberikan yang terbaik dengan jersi Arsenal.
Katanya kepada Arsenal Player, Sagna meluahkan: "Saya telah menikmati masa di Arsenal.
"Saya sering memberikan yang terbaik apabila diberikan peluang untuk beraksi di atas padang.
"Pasukan seperti keluarga bagi saya. Keluarga saya sedang menetap di Perancis tetapi saya selesa di sini. Saya gembira dan tidak tertekan dalam sesi latihan. Tiada banyak pasukan besar yang anda dapat berasa yakin."
Sebagai salah satu pemain pertahanan konsisten dalam pasukan Gunners, beliau juga telah membincangkan tentang peningkatan diri dalam pasukan.
"Saya berpendapat bahawa saya telah banyak memperbaiki - ia adalah salah satu tujuan saya, untuk menyertai pasukan seperti Arsenal dan lebih meningkat," Sagna menambah.
"Saya amat tenang berbanding kali pertama saya telah ke sini. Saya lebih tenang sebelum perlawanan kerana rakan sepasukan dan pengurus yang selalu menyokong."
Sagna dijangka akan bermula dalam kesebelasan pasukan apabila mereka bertemu Tottenham Hotspur pada hari Sabtu.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger