1News Online:
Home » , , » Santos Jelaskan tentang pertukaran baju dengan Van Persie

Santos Jelaskan tentang pertukaran baju dengan Van Persie

Tuesday, November 6, 2012 | 12:21 PM


London - Andre Santos minta maaf pada penyokong Arsenal berkaitan isu menukar baju dengan Robin van Persie. Andre menganggap itu hanya sebagai tali persahabatan dan Van Persie yang lebih dahulu meminta bajunya.

Kedua-dua pemain tersebut bertukar baju, sambil berjalan menuju ke ruang persalinan di stadium Old Trafford, selepas separuh masa pertama Manchester United vs Arsenal.

Aksi mereka dirakam kamera dan kemudian menjadi kecoh terutama di kalangan peminat Arsenal. Santos dianggap tidak menjaga perasaan penyokong yang sebahagian masih belum boleh menerima kenyataan bahawa Van Persie telah meninggalkan mereka, dan pemain Belanda itu pula menjaringkan gol pertama ke gawang Arsenal di perlawanan tersebut.

"Pemergian Robin ke United tidak mengubah dia menjadi musuh buat saya. Kami tetap berkawan dan dia memulakan untuk bertukar baju, yang mana itu sebagai perkara biasa yang dilakukan para pemain," kata Santos dalam wawancara dengan The Sun.

"Apakah saya fikir itu akan jadi kecoh? Tentu sahaja tidak. Sebaliknya, saya sempat mengatakan pada Robin supaya bertukar baju tidak di depan peminat.

"Itu sebabnya saya meminta maaf pada penyokong yang merasa terganggu dengan kejadian itu. saya cuma ingin peminat memahami bahawa dia adalah kawan saya dan saya takkan memperbezakan sebab dia berpindah ke MU."

Ditambah pertahanan asal Brazil itu, Van Persie-lah yang lebih dahulu mendekati saya ketika itu. Dan sebagai rakan baik, tentu  Santos tidak mahu sekadar bercakap 'hai' pada bekas rakan kelabanya.

Arsene Wenger pun meminta penyokong menunjukkan respek pada Robin."

Di awal-awal perpindahannya ke London utara - Arsenal merekrut dari Fenerbahce pada Ogos tahun lalu -, Santos mengaku banyak dibantu oleh Van Persie.

"Dia salah satu kawan terbaik di kelab ini, dan kami sering makan malam bersama dengan isteri-isteri kami. Dia banyak membantu saya untuk bermain di sini.

"Sedih melihat dia pergi, tapi kami pemain profesional. perpindahan kelab adalah sebahagian dalam karier kami. Tentu saja peminat Arsenal tidak suka dengan pemergian Robin, tapi inilah bola sepak. Dia pemain yang luar biasa yang akan dirindukan oleh pasukan mana-mana di dunia.

Santos juga meminta peminat The Gunners cepat "melupakan" apabila ditinggalkan oleh pemain seperti robin. Sebab kedatangan pemain-pemain yang tidak kurang hebat seperti Lukas Podolski, Oliver Giroud, dan Santi Cazorla di musim ini.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger