1News Online:
Home » » Sara Ali Terpaksa Jadi Pelakon Stereotaip

Sara Ali Terpaksa Jadi Pelakon Stereotaip

Wednesday, November 14, 2012 | 12:00 AM

Oleh WAHIDUZZAMAN (wahi@thestar.com.my)




KUALA LUMPUR: Pelakon Sara Ali bersetuju dengan persepsi segelintir pihak yang menyifatkan lakonannya sebagai stereotaip selepas dua tahun berkecimpung dalam bidang seni.
Sara, 22, berkata, dia menyedari perkara itu tetapi tidak mengamalkan sikap memilih tawaran yang diterima kerana masih baru dalam bidang lakonan.
“Saya akur dan terima pandangan itu. Malah, saya sendiri bersetuju kalau orang mula melihat gaya lakonan saya hampir sama pada tawaran-tawaran yang diterima.
“Saya percaya hal ini terjadi kerana saya menerima karakter yang lebih kurang sama tetapi sebagai orang baru apa yang dapat saya lakukan?
“Takkan pula saya hendak jadi seorang yang memilih watak sehingga boleh menjejaskan reputasi dan pendapatan?” katanya ketika ditemui, baru -baru ini.
Aktres filem Songlap ini berkata, senario penghasilan skrip dan watak drama televisyen dan filem yang terhad dan kurang variasi di negara ini menjadi punca utama dia terpaksa melakonkan watak yang lebih kurang sama berulang-kali.
“Tiada lagi karakter yang saya jayakan sehingga kini berbeza dan unik selepas filemSonglap.
“Jika pengarah berpuas hati dengan apa yang saya berikan dalam lakonan, apa lagi yang boleh saya buat? Tetapi itu tidak bermakna saya selesa dengan tahap lakonan sekarang,” katanya.
Justeru itu, Sara berkata, dia mengambil pendekatan untuk berehat seketika sehingga menerima tawaran yang unik dan belum pernah dijayakan.
“Saya tidak mahu terus ‘melekat’ dengan watak yang sama sahaja sehingga menimbulkan persepsi sedemikian (stereotaip).
“Buat masa ini biarlah saya berehat seketika sehingga menerima tawaran watak yang berlainan dan menonjolkan lakonan berbeza daripada saya,” katanya
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger