1News Online:
Home » , » Selepas 2 Perlawanan Redknapp Masih Menanti Kemenangan Pertama Sebagai Pengurus QPR

Selepas 2 Perlawanan Redknapp Masih Menanti Kemenangan Pertama Sebagai Pengurus QPR

Wednesday, November 28, 2012 | 5:42 PM


DALAM SEJARAH 20 tahun Liga Perdana Inggeris, hanya empat pasukan sahaja iaitu —Everton (1994-95), Man City (1995-96), Sheffield Wednesday (1997-98) dan Southampton (1998-99) — berjaya kekal dalam liga selepas mengharungi 13 perlawanan dan berada di tangga terbawah.

Selain empat pasukan ini, kesemuanya tersingkir ke Divisyen Satu Liga pada musim berikutnya.

Musim ini, QPR, dengan hanya mengutip empat mata dari 13 perlawanan liga, berada dalam kedudukan yang jauh lebih teruk daripada empat pasukan yang disebut di atas tadi.

Jadi dari sudut sejarah, fakta ini bukan sahaja tidak langsung memberansangkan tetapi seperti telah ditakdirkan yang QPR tidak mungkin kekal berada dalam liga perdana musim depan, walaupun dengan kehadiran pengurus baru, Harry Redknapp, 65.

Harry Redknapp memilik rekod luar biasa menyelamatkan pasukan tercorot dari terjurumus ke liga bawah sepertimana yang pernah dilakukannya bersama kelab Portmouth beberapa tahun lalu.

Tetapi kali ini para pemerhati berpendapat, kedudukan QPR terlalu parah walau sekali pun untuk diselamatkan oleh seorang berpengalaman sepertimana Redknapp.

Malah Houdini pun tidak sanggup melakukan adegan silap mata untuk menyelamatkan QPR.

Dalam perlawanan terbaru menentang Sunderland awal pagi Selasa, mereka sekadar seri 0-0. Sebelum itu (Sabtu) mereka tewas di tangan Manchester United 1-3.

Selain QPR, Pengurus Sunderland Martin O’Neill juga berada dalam kedudukan yang sukar dan cemas.

Dalam lapan perlawanan terakhir, mereka hanya sekadar mencatatkan satu kemenangan, tiga kali kalah dan selebihnya seri.

Ketika perlawanan menentang United, Redknapp yang belum sempat membentuk formasi pasukan hanya sekadar menonton dari kotak VIP di Old Trafford - duduk bersebelahan dengan pengarah QPR iaitu Datuk Seri Kamarudin Meranun - yang memakai kap Air Asia.

Kali ini, beliau sudah bersedia turun ke padang dan mencorak permainan pasukan.

Perkara pertama yang paling ketara yang dilakukannya ialah dengan meletakkan benteng kukuh bukan di barisan pertahanan tetapi di barisan tengah.

Langkah tersebut berjaya mengekang kemaraan Sunderland jauh ke dalam petak penalti QPR.

Redknapp berkata, beliau memerlukan beberapa waktu lagi sebelum dapat memutuskan apakah bentuk formasi yang sesuai untuk pasukan yang diwarisi dari Mark Hughes itu.

Salah satu punca kegagalan Mark Hughes bukannya soal teknikal atau taktikal tetapi kerana separuh daripada pemain utamanya dibelenggui kecederaan yang serius.

Nampaknya selepas perlawanan menentang Sunderland, Redknapp kini mewarisi satu lagi kecederaan iaitu penjaga gol mereka dari Brazil, Julio Cesar.

Kemudian Redknapp menarik nafas lega apabila Robert Green yang masuk mengantikan Cesar terselamat daripada sebarang kecederaan yang serius selepas dia bertembung dengan penyerang Sunderland, Steven Fletcher.

Green yang pertama kali kembali bermain sejak ketibaan Cesar dari Inter Milan telah menyelamatkan QPR daripada tewas dengan menolak keluar bola tandukan kencang Fletcher pada minit ke-64.

SUNDERLAND: Mignolet 6, Bardsley 6, Kilgallon 7, Cuellar 7, Rose 7, Larsson 5, Cattermole 5, Gardner 6, Johnson 5, Sessegnon 6, Fletcher 7. Subs: Colback 5 (Cattermole 5), McClean 6 (Johnson 69), Saha 6 (Gardner 77). Pemain simpanan yang tidak diturunkan: Westwood, Campbell, Vaughan, Bramble. Booked: Cuellar.

QPR: Julio Cesar 6, Bosingwa 6, Hill 6, Nelsen 6, Traore 6, Granero 6, Mbia 6, Diakite 6, Taarabt 7, Mackie 6, Cisse 7. Subs: Green 6 (Cesar 45), Park 6 (Diakite 65), Wright-Phillips 6 (Taarabt 77). Simpanan yang tidak diturunkan: Derry, Ferdinand, Fabio, Hoilett.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger