1News Online:
Home » » Shila Amzah Rangkul Lagu Terbaik AIM 19

Shila Amzah Rangkul Lagu Terbaik AIM 19

Sunday, November 18, 2012 | 1:08 AM


SHAH ALAM: Lagu Patah Seribu nyanyian Shila Amzah diangkat sebagai Lagu Terbaik dalam Anugerah Industri Muzik 19 (AIM 19) yang berlangsung di Stadium Melawati di sini malam Sabtu.
Shila mencipta sejarah untuk dirinya sendiri apabila kali pertama menerima pengiktirafan di negara sendiri selepas menjadi juara dalam pertandingan Asian Wave 2012 pada 17 September lalu.
Lebih bermakna apabila karya berkenaan adalah hasil ilham Shila sendiri daripada penulisan lirik sehingga penciptaan lagu.
"Saya amat terharu dengan kemenangan ini. Ia adalah kejayaan pertama saya di negara sendiri " katanya selepas menerima trofi kemenangan daripada penyanyi terkenal, Datuk Hattan.
Patah Seribu turut dinobatkan sebagai pemenang dalam kategori Lagu Pop Terbaik menewaskan karya lain seperti Jagalah Diri (Jaclyn Victor) dan Terukir Di Bintang (Yuna).



Sementara itu bagi kategori Album Terbaik jatuh kepada kumpulan Salam Musik menerusi album sulung mereka berjudul Salam.
Mereka menewaskan calon lain seperti Stacy, Nora, Hujan dan Pesawat.
Penyanyi bersuara lantang, Jaclyn Victor turut merangkul dua anugerah pada malam itu menerusi kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita) melalui laguCounting Days dan Lagu Inggeris Tempatan Terbaik.
Manakala penyanyi veteran, Jamal Abdillah merangkul trofi Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki) dan turut diumumkan sebagai penerima trofi menerusi kategori Lagu Hip Hop Terbaik gandingannya bersama Malique (Too Phat) melalui lagu Aku Maafkan Kamu.
Bagi kategori Artis Baru Terbaik, AIM 19 menobatkan kumpulan Mojo sebagai penerima anugerah tersebut sementara Lagu Rock Terbaik diterima oleh Azlan The Typewriter melalui lagu Idola.
Penerima anugerah lain adalah Noraniza Idris untuk kategori Lagu Pop Etnik Terbaik menerusi lagu ciptaan Edrie Hashim dan Ahmad Fedtri Yahya iaitu Kuasa Cinta.
Anugerah Sri Wirama AIM18 diberikan kepada kumpulan Alleycats atas sumbangan dan kejayaan mereka dalam bidang muzik selama 43 tahun.
Trofi tersebut disampaikan oleh Pengerusi RIM, Norman Abdul Halim dan Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu ASTRO, Khairul Anwar Salleh.
Manakala penyanyi bertaraf antarabangsa, Mizz Nina diangkat sebagai pemenang Anugerah Kembara atas kejayaannya menempa nama di luar negara.
Acara tersebut dihoskan oleh Aznil Nawawi dan Adibah Nor.
AIM 19 turut menampilkan persembahan hebat pada malam itu seperti Datuk Siti Nurhaliza dan Hafiz menerusi lagu Muara Hati, GX4, Nirwana, Stephen Rahman Hughes dan Forteen.
Berikut adalah senarai penuh pemenang AIM 19:
1. Artis Baru Terbaik
Mojo (Andai Ku Bercinta Lagi)
2. Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki)
Jamal Abdillah (Bahagia Sementara)
3. Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita)
Jaclyn Victor (Counting Days)
4. Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu
Forteen (Seperti Dulu)
5. Kulit Album Terbaik
Even Odds Sdn. Bhd. - MizzNina (Take Over)
6. Rakaman Album Terbaik
Rahmad Ayob - Nora (Hikmah)
7. Video Muzik Terbaik
Quek Shio Chuan - Yuna (Sparkle)
8. Lagu Pop Etnik Terbaik
Kuasa Cinta (Edrie Hashim/Ahmad Fedtri Yahya) - Noraniza Idris
9. Lagu Nasyid Terbaik
Doa (Gjie 6ixth Sense/Lukhman S) - Nora
10. Lagu Rock Terbaik
Idola (Audi Mok/Dark) - Azlan & The Type Writer
11. Lagu Pop Terbaik
Patah Seribu (Shila Amzah) - Shila Amzah
12. Lagu Hip Hop Terbaik
Aku Maafkan Kamu (Malique/Jamal Abdillah/Tripdizs/Malique) - Jamal Abdillah & Malique
13. Lagu Inggeris Tempatan Terbaik
Counting Days (Aubrey Suwito/Aubrey Suwito/Lin Li Zhen) - Jaclyn Victorr
14. Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara
Sudah Cukup Sudah (Nirwana Band)
15. Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu
Aubrey Suwito (Counting Days - Jaclyn Victor)
16. Album Terbaik
SalamMusik (Salam - SalamMusik)


Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger