1News Online:
Home » » Shout Awards 2012: Yuna Menang Dua Anugerah

Shout Awards 2012: Yuna Menang Dua Anugerah

Saturday, November 24, 2012 | 12:17 AM


PETALING JAYA: Penyanyi dan komposer, Yunalis Zarai atau Yuna (gambar) sekali lagi meraih anugerah terbanyak apabila membawa pulang dua anugerah Shout! Awards yang berlangsung di Surf Beach, Sunway Lagoon, di sini, malam Jumaat.

Dua anugerah tersebut ialah Popstar Award mengalahkan Datuk Siri Nurhaliza, Aizat Amdan, Hafiz, Jaclyn Victor serta Najwa dan Wired Celebrity Awards.

Pelakon dan pengacara Zizan Razak pula meraih Favourite TV Personality Awards dan Best On-Screen Chemistry Awards bersama dengan Johan.

Manakala Aaron Aziz dan Nora Danish mencuri perhatian penonton apabila masing-masing mendapat Hot Guy Awards dan Hot Chick Awards.

Selain itu, kemenangan kumpulan Massacre Conspiracy menerusi kategori Break Out Award turut tidak dijangka kerana dapat menewaskan penyanyi popular, Najwa Mahiaddin.

Manakala, Kumpulan Bunkface sekali lagi mengulangi kemenangan tahun lalu dalam Roctstar Award.

Mizz Nina pula meraih Music Video Award pada malam anugerah tersebut.

Sementara itu majlis tersebut diserikan dengan persembahan barisan penyanyi-penyanyi hebat seperti Yuna, Kyoto Protocol dan Go Gerila.

Kumpulan KRU pula mendapat anugerah pencapaian, Ultimate Shout Awards pada malam itu.

Berikut adalah senarai pencalonan Shout Awards 2012:

* Rockstar Award : Bunkface

* Popstar Award : Yuna * Power Vocal Award : Shila Amzah

* Flava Award : Black & Malique

* Music Video Award : Mizz NIna

* Break Out Award : Massacre Conspiracy

* Best On-Screen Chemistry Award :Johan & Zizan Razak (Raja Lawak Musim 6)

* Fresh TV Series Awards : Versus

* Breakthrough Local Feature Award : Songlap

* Favourite TV Program Award : Showdown 2012

* Favourite TV Personality Award : Zizan Razak (Raja Lawak Musim 6)

* Coolest Radio Announcer Award : Hunny Madu (Fly FM - Malaysia's Hottest Music)

* Favourite Radio Show Award : TOP 5 - Panggilan Hangit

* Hot Chick Award : Nora Danish

* Hot Guy Award : Aaron Aziz

* Wired Celebrity Award : (Selebriti aktif di Twitter): YUNA - @yunamusic

* Shout! Aloud Award (Individu berbakat menerusi YouTube) : Matluthfi90

* Ultimate Shout! Awards : KRU


Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger