1News Online:
Home » , , » Spurs ingin akhiri rekod Arsenal

Spurs ingin akhiri rekod Arsenal

Wednesday, November 14, 2012 | 2:15 PM

Steffen Freund menyatakan bahawa Tottenham bertekad untuk mengakhiri rekod jangka 18 tahun pasukan Arsenal di Utara London.

Tottenham akan ke Arsenal pada hari Sabtu dengan tujuan untuk meningkatkan lagi jarak satu mata antara kededua pasukan yang sedang berada di kedudukan tujuh dan lapan.

Freund tidak ingin mengingati musim 1994-95 di mana beliau dihampakan apabila Gerry Francis dijadikan pengurus pasukan.

Arsenal telah mendapat tempat kedua dalam setiap musim dan Spurs tidak mampu menembusi tempat ke sembilan dalam kedudukan sepanjang kerjaya pemain Jerman itu di White Hart Lane.

Namun Freund yang telah kembali ke White Hart Lane pada musim ini untuk mengambil alih tempat sebagai pembantu pengurus, berpendapat bahawa keadaan telah berubah untuk pasukan Spurs sejak itu.

"Kini, Spurs mampu mengatasi Arsenal," Freund berkata. Beliau telah bermain untuk pasukan Tottenham dari tahun 1998 ke 2003.

"Kami mempunyai prestasi pasukan yang lebih hebat. Pada masa dahulu, bami hanya mampu berakhir dengan tempat ke sembilan atau sepuluh namun keadaan sudah berubah."

Ia juga merupakan musim pertama di mana prestasi kededua pasukan diragukan jika mereka mampu memenangi kejohanan. Namun, ia tidak menghampakan harapan Freund mengenai pertemuan di Emirates Stadium pada hari Sabtu ini.

"Ia amat hebat untuk mengakhiri dengan kedudukan di atas Arsenal," Freund berkata. Belia telah bermain sebanyak 120 kali untuk Tottenham.

"Ia akan menjadi sebuah pengalaman yang baik untuk pasukan."

Walaubagaimanapun, Freund menolak kenyataan bahawa kemampuan Arsene Wenger kini semakin merosot. Pasukan Gunners telah melalui permulaan musim yang kurang memuaskan tetapi Freund kekal menghormati pengurus Arsenal itu.

"Beliau telah melakukan yang terbaik." pembantu pengurus Jerman itu berkata.

"Arsenal telah bertanding dalam saingan Liga Juara-Juara setiap tahun dan ia telah menghasilkan banyak duit untuk pasukan. Ia akan membenarkan mereka untuk membeli lebih pemain."
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger