1News Online:
Home » , , » Sterling akan kekal di Liverpool

Sterling akan kekal di Liverpool

Tuesday, November 20, 2012 | 6:08 PM


Pengurus Brendan Rodgers menyatakan bahawa Raheem Sterling akan menandangani kontrak lanjutan baru di Liverpool.

Pemain sayap yang berumur 17 tahun itu telah membuat penampilan pertama di Anfield pada musim ini dan merupakan kunci utama dalam kemenangan 3-0 menentang Wigan hujung minggu lalu.
Namun, Sterling yang telah mewakili pasukan antarabangsa England untuk kali pertama awal bulan ini, belum menerima kontrak professional sehingga beliau berumur 18 tahun bulan depan - di mana beliau juga boleh menerima tawaran pasukan lain.
Rodgers tidak membimbangkan situasi itu kerana beliau yakin bahawa pemain itu sedang menikmati masa bersama pasukan Reds.
"Mesej agak mudah - pasukan yang ingin menandangani beliau sedang mensia-siakan masa mereka," Rodgers berkata.
"Raheem telah diberikan peluang untuk beraksi dan sedang menikmati tempat dalam kesebelasan pasukan.
"Kami ingin beliau meningkat di sini dan tidak ingin beliau meninggalkan salah satu pasukan terbesar dalam dunia bola sepak."
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger