1News Online:
Home » , , » Sukan - Cahill: Chelsea tak hilang fokus

Sukan - Cahill: Chelsea tak hilang fokus

Friday, November 2, 2012 | 12:09 PM


Gary Cahill menegaskan yang matlamat Chelsea untuk kejuaraan tidak terjejas isu Mark Clattenburg setelah mara dalam Piala Capital One.

Juara Eropa itu hampir-hampir tersingkir tetapi akhirnya mampu mengalahkan Manchester United 5-4 dalam masa tambahan.
Jika Eden Hazard gagal menyempurnakan peluang dan menyamakan kedudukan ke 3-3 dalam masa biasa perlawanan, ramai yang akan menyatakan bahawa ini adalah era kemerosotan bagi pemilik Roman Abramovich.
Kini mereka menghadapi isu Clattenburg pula, pengadil yang telah mengggunakan kata-kata kesat kepada Jon Obi Mikel - sesuatu yang Clattenburg menafikan. Kes ini hampir-hampir sama seperti isu musim lepas dimana Chelsea terpaksa menghadapi kes perkauman John Terry.
Cahill, yang telah serta Chelsea dalam keadaan penuh kontroversi itu pada bulan January, yakin pasukannya tidak akan terjejas isu terbaru ini.
"Apa yang penting adalah ia tidak akan menjejas perkembangan kami dan kami telah membuktikan yang kami tidak akan hilang tumpuan." beliau berkata.
"Walauapapun yang berlaku di luar padang, para pemain masih mampu menikmati permainan semasa berada di dalam perlawanan."
Cahill merupakan satu dari lima pemain Chelsea yang kekal daripada kesebelasan utama yang ditewaskan Manchester United dalam perlawanan sebelum ini.
"Saya tidak pernah rasa begitu kecewa atau marah dan hanya ingin memperbaiki keadaan."
"Walaupun kami tidak bernasib baik pada hari Minggu, ia penting yang kami kembali menang terutama dengan Manchester United."
Chelsea pula akan bertemu Leeds, antara perlawanan yang paling hangat dalam Piala Liga.
"Saya tahu ada banyak sejarah pahit antara kelab-kelab ini, jadi persaingan dijangka amat sengit." katanya tentang pertemuan di Elland Road pada 19 Disember nanti, perlawanan itu telah ditunda akibat perlawanan Piala Kelab Sedunia di Jepun.
"Pasukan ini mungkin tidak sebesar pasukan lain tetapi kami mempunyai pemain yang dapat menangani jadual yang padat."
"Ini adalah masa yang paling sibuk untuk kami kami masa rehat amat penting."
"Kami hanya kalah satu perlawanan dalam sembilan dan kami harus meneruskan prestasi baik ini."
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger