1News Online:
Home » , , » Sukan - Chelsea membalas dendam

Sukan - Chelsea membalas dendam

Thursday, November 1, 2012 | 12:32 PM


Chelsea membalas dendam dengan kemenangan 5-4 menentang Manchester United dalam pertarungan Piala Capital One di Stamford Bridge.

United kelihatan mantap untuk mengecewakan pasukan juara Eropah itu dengan kemenangan 3-2 di London dalam perlawanan penuh kontroversi sebelum itu.
Namun, Eden Hazard berjaya memanfaatkan sepakan penalti sebelum Daniel Sturridge dan Ramires menambah jaringan gol hanya 24 jam selepas kemenangan hebat 7-5 pasukan Arsenal bersama Reading.

Seperti biasa, United kerap mengasak melalui Ryan Giggs, Javier Hernandez dan Nani sementara Chelsea membalas balik dengan sepakan penalti oleh David Luiz dan tandukan Gary Cahill.
Giggs telah membuka tirai perlawanan untuk membawa pasukan beliau ke hadapan. Namun, mereka tidak sempat menyambut jaringan gol itu apabila Moses mengasari Buttner dan diberikan sepakan penalti. Luiz kemudian mengambil peluang itu untuk menyamakan kedudukan pada separuh masa pertama.
Gol kedua tiba untuk United apabila Anderson mampu melulusi dua pemain pertahanan untuk memberikan hantaran kepada Hernandez yang berjaya memasuki bola ke dalam gawang.
Kededua pasukan melakukan penggantian dalam babak kedua. Ramires telah menggantikan Mikel dan Buttner untuk Nick Powell yang turut melihat percubaan beliau dipesong keluar oleh Petr Cech.
Chelsea mampu menyamakan kedudukan sekali lagi pada minit ke 53 dengan tandukan Cahill untuk menyempurnakan tendangan sudut Mata.
Chelsea kemudian menurunkan Hazard untuk mengambil alih tempat Lucas Piazon tetapi pasukan masih dikuasai sebelum sejam berlalu. Nani dan Anderson telah melakukan gerakan satu dua sebelum Nani berjaya menyumbang bola melulusi Cech.
Malangnya, kesilapan Scott Wootton yang telah menjatuhkan Ramires dalam kotak pada empat minit masuk masa tambahan telah menyebabkan sepakan penalti oleh Hazard pada minit ke 90.
Wootton turut membuat kesilapan kedua apabila umpanan beliau dirampas oleh Sturridge yang kemudian menghantar kepada Lindgaard untuk menyumbang gol.
Giggs mampu menambah gol ke empat untuk United namun tidak berbaloi apabila Hazard memberikan jaringan gol kemenangan.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger