1News Online:
Home » , , » Sukan - “Chelsea patut diberi keputusan adil”

Sukan - “Chelsea patut diberi keputusan adil”

Thursday, November 1, 2012 | 5:42 PM


Roberto di Matteo berpendapat bahawa Chelsea telah menerima keputusan adil apabila pasukan membalas dendam ke atas kekalahan liga menentang Manchester United.

Di Matteo enggan memberikan komen tentang tuduhan pasukan Blues terhadap Mark Clattenburg yang didakwa telah menggunakan kata-kata rasis kepada John Obi Mikel.
Hukuman diberikan setahun kemudian setelah Chelsea menyaksikan dua pemain pasukan dibuang padang dalam kekalahan di QPR yang turut menjadi sebuah kes rasis, sama seperti apa yang sedang dijalankan oleh Persatuan Bola Sepak pada masa ini.
Ditanya tentang keputusan yang diberikan terhadap pasukan beliau, Di Matteo berkata: "Ia meragukan apabila keputusan selalu menentang pasukan Chelsea.
"Jadi, ia adalah sebauh masalah yang harus dipertimbangkan. Kami ingin diberikan layanan adil oleh para pengadil."
"Saya kurang pasti," beliau berkata setelah disoal tentang keputusan yang diberikan kepada Chelsea dalam kemenangan 5-4 pada malam itu (Rabu).
Di Matteo menegaskan bahawa beliau tidak bimbang tentang cara pasukan diterima setelah membuat aduan terhadap Clattenburg yang difahamkan telah menafikan dakwaan itu.
Para pengadil harus lebih yakin dalam perlawanan," beliau berkata.
"Kami semua mempunyai tekanan - pemain, pegawai, kakitangan kejurulatihan - untuk mengekalkan prestasi pasukan.
Di Matteo berkata: "Saya pasti bahawa kami telah menonjolkan watak pasukan dalam bilik persalinan dan bakal melakukan yang sama pada malam itu.
"Ia merupakan sebuah perlawanan yang dinantikan ramai orang. Kededua pasukan telah membuat banyak kesilapan kerana mereka mempunyai ramai pemain muda dalam kesebelasan pasukan."
Di Matteo telah menurunkan Mikel dan Juan Mata walaupun kededua pemain itu terjejas dalam kes Clattenburg.
"Saya telah berbual dengan pemain saya dan pasti bahawa mereka cukup matang untuk bermain."
Di Matteo telah menggantikan Mikel pada separuh masa pertama dan menegaskan bahawa ia merupakan pertukaran taktik permainan.
Beliau menambah: "Saya tidak akan menurunkan beliau jika saya mempunyai keraguan."
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger