1News Online:
Home » , » Sukan - Clattenburg menerima sokongan

Sukan - Clattenburg menerima sokongan

Friday, November 2, 2012 | 12:19 PM


Pengadil Mark Clattenburg menerima sokongan dari rakan pegawai dalam penyiasatan kes rasis beliau terhadap seorang pemain.

Chelsea telah megambil tindakan ke atas Clattenburg yang didakwa telah mengatakan komen rasis terhadap John Obi Mikel dalam perlawanan Liga Perdana Barclays menentang Manchester United di Stamford Bridge pada Ahad lalu.
Pasukan London itu memberikan kenyataan dari beberapa pemain yang telah mendakwa bahawa pengadil yang berumur 37 tahun itu telah bersikap rasis, sebagai bukti kepada Persatuan Bola Sepak (FA). Pihak polis turut menjalani penyiasatan kes yang sama.
Clattenburg telah menafikan dakwaan itu dan ia difahamkan bahawa pembantu pengadil Michael McDonough dan Simon Long, serta pegawai ke empat Michael Jones yakin bahawa beliau tidak bersalah.
Ia juga difahamkan bahawa mereka tidak mendengar komen rasis melalui alat pendengaran yang dikongsi dan akan memberikan testimoni.
Komuniti pengadil profesional amat kecewa dengan tuduhan terhadap Clattenburg yang turut bertekad untuk membersihkan nama beliau.
Pengadil yang lain dijangka akan memberi kenyataan masing-masing mengenai Clattenburg jika ia diumumkan bahawa pengadil dari Country Durham itu akan melalui perbicaraan kes secara rasmi bersama Persatuan Bola Sepak dan pihak polis.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger