1News Online:
Home » , , » Sukan - Gervinho dikecualikan tiga minggu

Sukan - Gervinho dikecualikan tiga minggu

Friday, November 2, 2012 | 12:21 PM


Pengurus Arsene Wenger mendedahkan bahawa pemain sayap Arsenal Gervinho akan dikecualikan selama tiga minggu akibat kecederaan lutut pada hari Khamis.

Pemain antarabangsa Ivory Coast itu telah digantikan setelah mengalami kecederaan pada babak kedua dalam kemenangan 1-0 ke atas QPR di Emirates Stadium hujung minggu yang lalu.
Wenger turut mendedahkan bahawa beliau tidak mempunyai masalah kecederaan baru setelah kemenangan 7-5 di Reading dalam saingan Piala Capital One baru-baru ini.
"Gervinho akan dikecualikan selama tiga minggu, seperti apa yang dijangkakan."
"Skuad akan kekal sama seperti perlawanan hujung minggu lalu. Kami tidak mempunyai kecederaan baru."
Arsenal akan ke Schalke untuk pertemuan Liga Juara-Juara pada malam Selasa, jadi Wenger akan mempertimbangkan pasukan sebelum mengatasi United.
"Pemain pasukan akan berasa letih namun saya mengharapkan mereka akan bertenaga pada hari Sabtu," beliau berkata.
"Kami akan beraksi pada hari Selasa jadi saya harus mempertimbangkan prestasi pasukan - beberapa pemain harus bermain untuk kededua perlawanan."
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger