1News Online:
Home » , , » Sukan - Giggs bangga dengan pemuda

Sukan - Giggs bangga dengan pemuda

Friday, November 2, 2012 | 12:17 PM


Pemain veteran Manchester United Ryan Giggs telah memuji pemain muda pasukannya walaupun kalah 5-4 kepada Chelsea.

Giggs merupakan satu-satunya dari pemain yang berjaya menjaringkan gol untuk United di Stamford Bridge tetapi gagal menghalang penyingkiran pasukannya.
Ferguson telah memilih untuk merehatkan beberapa pemain senior setelah pertembungan hangat antara pasukan Roberto Di Matteo dan Sir Alex Ferguson dan memberi peluang kepada pemain muda.
Ia bermakna yang pemain muda seperti Alexander Buttner, Scott Wootton, Michael Keane, nick Powell dan Ryan Turncliff telah diberi peluang untuk bermain walaupun mereka telah membuat kesilapan dalam perlawanan. Giggs mendedahkan bahawa beliau tetapi bangga dengan prestasi mereka.
"Saya amat bangga dengan pemain muda yang telah serta - persembahan mereka baik." Giggs berkata kepada laman rasmi United.
"Mereka telah belajar banyak dan masih ada pelajaran dari kekalahan juga."
"Anda perlu mengambil apa-apa unsur positif yang ada walaupun mereka kecewa dalam kekalahan."
"Walauapapun ini pengalaman baik bagi mereka, lebih baik daripada perlawanan dalam pasukan gantian."
Giggs, yang kini berusia 38 tahun, telah juga menyindih pengurus Di Matteo yang terpaksa menyertakan pemain senior seperti Juan Mata dan Eden Hazard demi kemenangan.
"Mereka mempunyai pemain yang lebih berpengalaman di bangku simpanan." Giggs menambah.
"Mereka perlu menyertakan mereka supaya dapat menang."
"Saya bangga dengan pemain muda kami yang tidak henti berjuang."
"Kami hanya kecewa yang tidak dapat menragut mata walaupun telah menjaringkan empat gol.
"Kami harus bersedia berjuang hingga ke minit terakhir dan telah membuktikan keupayaan."
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger