1News Online:
Home » , » Sukan - Harimau Muda sedia untuk perang

Sukan - Harimau Muda sedia untuk perang

Friday, November 2, 2012 | 1:58 AM


Pasukan Harimau Muda akan menentang Tampines Rovers, pasukan teratas liga, dalam perlawanan terakhir mereka dalam Liga Singapura.

Musim 2012 merupakan antara musim yang paling padat bagi Harimau Muda. Mereka telah melalui Kejuaraan AFF Bawah 22 di Myanmar, melalui Piala Java yang akhirnya ditunda, dan kemenangan Piala SCTV di Jakarta serta Piala Newspaper di Vietnam.
Walaubagaimanapun mereka kini harus menghadapi Tampines Rovers - pasukan teratas liga yang memerlukan tiga mata untuk memenangi kejuaraan Liga Singapura serta tempat di Piala AFC dengan pasukan Brunei DPMM di belakang dengan hanya satu mata. Harimau kini berada di tempat ke tiga dan berkongsi mata dengan pasukan Jepun Albirex Niigata walaupun mempunyai perbezaan gol yang lebih baik - tempat ketiga mampu meraih habuan SGD$20,000.
Jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee, tidak sabar untuk memulakan perlawanan dan berkata: "Pasukan saya telah dibiasakan untuk melalui beberapa kejuaraan sekaligus tanpa hilang tumpuan kepada perlawanan yang bakal dihadapi - terutama sekali dengan perlawanan Tampines yang merupakan perlawanan kompetitif terakhir musim ini."
"Kami hampir-hampir menjamin tempat keempat dan ini telah melebihi matlamat kami yaitu tempat lima teratas dalam Liga Singapura. Walaubagaimanapun kami ingin berjuang untuk tempat ketiga. Kebanyakan dari pemain Tampines berusia 30 tahun ke atas tetapi amat berpengalaman dan merupakan bekas pemain antarabangsa."
"Harimau Muda akan cuba untuk mengasak tahap fizikal pasukan saingan hingga minit terakhir." menambah Ong.
"Tay Peng Kee (pengurus Tampines Rovers) adalah sahabat lama saya tetapi saya tidak akan membenarkan beliau menang dengan senang. Saya memberi jaminan yang ia akan menjadi perlawanan yang amat menarik."
Pemain midfield Irfan Fazail juga memberi pendapat yang sama: "Kami telah bekerja keras musim ini dan kami akan meningkatkan lagi usaha supaya dapat mengakhiri musim dengan baik."
V Kavichelvan yang kin berusia 23 tahun pula akan meninggalkan Harimau Muda musim hadapan bersama Affize Faisal dan telah berkata: "Saya amat berterima kasih mendapat peluang untuk serta pasukan ini. Saya tahu ini adalah tahun terakhir saya dan sedih tidak dapat memberi sumbangan yang baik akibat kecederaan tetapi saya ingin mengucapkan selamat majujaya kepada mereka - saya harap mereka akan terus berjuang. Saya sudahpun mula rindu mereka." kata pemain sayap itu.
Pemain bek kiri Nazirul Naim, yang telah teruskan permainan dengan kepala yang dibalut akibat luka yang memerlukan tiga jaitan dalam perlawanan terakhir, telah memberi kesimpulan tahap keyakinan pasukannya: "Kami telah bertungkus-lumus dan sedia untuk berjuang."
"Kami ingin memberi jaminan kepada para penyokong Harimau Muda yang kami tidak akan henti berjuang hingga minit terakhir walauapapun keadaan." kata pemain yang berusia 20 tahun itu.
Harimau Muda teruja untuk meraikan peninggalan Affize dan Kavichelvan dengan cara terbaik, seperti yang dibuat oleh bekas ketua pasukan Mahali Jasuli dalam perlawanan di mana beliau menjaringkan gol terakhir ke atas Geylang United dalam kemenangan 3-1.
Saksikan perlawanan Tampines Rovers lawan Harimau Muda di Stadium Jalan Besar hari Jumaat, 2 November 2012 atau ikuti @espnstarmy untuk liputan secara langsung.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger