1News Online:
Home » , » Sukan - Kaka ingin membuktikan diri

Sukan - Kaka ingin membuktikan diri

Thursday, November 1, 2012 | 12:35 PM


Pemain Real Madrid, Kaka bertekad untuk dipilih dalam kesebelasan pasukan pada musim ini.

Pemain Brazil itu berazam untuk megekalkan tempat dalam kesebelasan pasukan Jose Mourinho sejak pulih dari kecederaan lutut pada tahun 2010. Walaupun pernah dikaitkan dengan perpindahan dari Santiago Bernabeu pada musim panas, Kaka masih kekal sebagai pemain Real Madrid.
Setelah menjaringkan hatrik dalam pra-musim perlawanan Trofi Bernabeu menentang Millonarios, persembahan Kaka telah menunjukkan bahawa beliau masih mempunyai bakat yang telah membuat Los Blancos menawar bayaran sebanyak 68.5 juta Euros kepada beliau. 
Walaupun telah membuat tiga penampilan permulaan dan peluang untuk menyertai pasukan bangsa Brazil sejak Piala Dunia 2010, pemain tengah mendedahkan keinginan beliau untuk mendapat tempat balik dalam dunia bola sepak.
Kaka menyerlah dalam kemenangan Real menentang Alcoyano dalam perlawanan Copa del Rey pertama dengan jaringan gol beliau baru-baru ini.
Pemain yang berumur 30 tahun itu turut meluahkan keyakinan kepada Estadao bahawa beliau masih mampu memberi sumbangan kepada Los Blancos.
"Walaupun didakwa akan berpindah pada musim panas, saya tidak pernah terfikir untuk meninggalkan pasukan kerana saya masih boleh memberi lebih sumbangan kepada Real Madrid, " Kaka berkata.
"Kontrak masih berbaki dan saya ingin kekal di Real Madrid untuk meraih kejohanan,"
Ia merupakan keputusan yang baik untuk pengurus pasukan bangsa Brazil Mario Menezes setelah pemain itu menjaringkan gol dalam dua perlawanan yang beliau disertakan. Kaka amat berterimah kasih atas peluang itu.
"Perlawanan menentang Selecao telah menonjolkan bahawa saya mampu bermain dengan baik. Ia amat penting untuk saya memeriksa prestasi diri," Kaka berkata.
Real Madrid akan bertemu Real Zaragoza untuk perlawanan La Liga pada hujung minggu ini.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger