1News Online:
Home » , , » Sukan - "Liverpool terlalu bergantung kepada duo"

Sukan - "Liverpool terlalu bergantung kepada duo"

Friday, November 2, 2012 | 12:14 PM


Penjaga gawang Liverpool Brad Jones mengakui bahawa the Reds terlalu bergantung kepada kapten Steven Gerrard dan Luis Suarez untuk menyelamatkan pasukan.

Kededua pemain itu telah diturunkan pada separuh masa perlawanan untuk meningkatkan prestasi pasukan yang kelihatan lemah namun, mereka tidak mampu mencegah pasukan Swansea dari meraih kemenangan 3-1 sekaligus mengakhiri perjuangan the Reds untuk mempertahankan trofi mereka.
Pengurus Brendan Rodgers berhajat untuk merehatkan kededua pemain bintang itu tetapi beliau terpaksa menurunkan mereka dari bangku simpanan untuk menyuntik semangat kepada pasukan yang sedang ketinggalan 1-0, sama seperti perlawanan menentang Udinese di padang sendiri sebelum itu dalam liga Eropah.
"Malah, ia telah menunjukkan saya bahawa pemain-pemain lain yang bukan dari kesebelasan pasukan, mampu berjuang dan itu merupakan bonus untuk saya," Jones berkata.
"Pemain pasukan yang disertakan, berjaya mengukir beberapa peluang namun ia telah mengambil masa 45 minit dan ia sudah terlambat kerana kami telahpun dikuasai.
"Akhirnya, kami memerlukan Stevie dan Luis untuk menyuntik semangat ke dalam perlawanan dan anda tidak boleh selalu bergantung kepada mereka kerana anda ingin berusaha sendiri.
"Stevie merupakan seorang pemain yang amat dihormati dalam pasukan dan beliau mampu membimbing pasukan. Tidak kira jika pengurus sememangnya sudah merancang untuk menurunkan mereka atau jika ia merupakan sebuah amaran kepada pasukan bahawa prestasi kami masih lemah, kerana ia telah memberikan pasukan lebih keyakinan untuk bergerak ke hadapan."
Rodgers turut mengakui bahawa beliau tidak mempunyai pilihan lain dan terdesak untuk menurunkan Gerrard dan Suarez - diikuti dengan pemain muda Raheem Sterling - akibat kekurangan pilihan dalam skuad.
"Saya ingin memberikan mereka masa untuk berehat tetapi sudah jelas anda perlu menyertakan mereka apabila diperlukan dalam perlawanan.
"Saya sedar bahawa saya tidak boleh bergantung kepada Steven Gerrard dan Luis Suarez yang turut merupakan penyerang terakhir saya.
"Saya amat mengharapkan situasi akan berubah dalam masa terdekat. Kami akan mengukuhkan lagi pasukan dalam musim perpindahan akan datang."
Jones bakal menikmati penampilan yang panjang dalam pasukan sementara pilihan pertama Jose Reina sedang menjalani proses pemulihan akibat kecederaan hamstring yang turut mengecualikan beliau selama empat perlawanan.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger