1News Online:
Home » , » Sukan - Raikkonen terima kontrak lanjutan

Sukan - Raikkonen terima kontrak lanjutan

Friday, November 2, 2012 | 2:02 AM


Kimi Raikkonen yakin bahawa beliau mampu berjuang dengan pasukan Lotus pada tahun 2013 setelah menandangani kontrak lanjutan.

Raikkonen mendedahkan bahawa ia merupakan sebuah keputusan yang jelas untuk kekal di pasukan Enstone itu setelah penampilan kembali yang mantap ke Formula One pada musim ini setelah diberikan masa rehat selama dua tahun.
Pelumba yang berumur 33 tahun itu telah mengejutkan ramai orang apabila beliau berjuang untuk meraih kemenangan pada musim ini. Beliau telah kekal mendapat mata berturut-turut dan telah berdiri di atas podium sebanyak enam kali - walaupun masih belum meraih kejohanan.
Raikkonen kini berada di tempat ketiga dalam kedudukan dengan jarak 67 mata di belakang pemandu Red Bull Sebastian Vettel, dengan hanya 75 mata untuk dimainkan lagi.
Setelah menandangani kontrak lanjutan, Raikkonen berkata: "Penampilan kembali saya ke Formula One telah berjalan dengan lancar dan pasukan melakukan yang terbaik sepanjang tahun ini.
"Sejujurnya, saya tidak menjangkakan kedudukan ini jika anda membandingkan prestasi pasukan kami pada tahun 2011.
"Jadi ia amat memuaskan setelah mendapat peluang untuk berdiri di atas podium beberapa kali.
"Saya telah menyesuaikan diri dalam pasukan Lotus dan kami mempunyai falsafah yang sama tentang sukan ini.
"Ia sudah jelas untuk saya melanjutkan kontrak bersama pasukan dan saya akan menanti masa hadapan."
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger