1News Online:
Home » , , » Sukan - Ramalan Man United vs Arsenal

Sukan - Ramalan Man United vs Arsenal

Friday, November 2, 2012 | 12:58 PM


Ikuti ramalan wartawan dan editor sukan di Malaysia bagi perlawanan Manchester United vs Arsenal yang akan berlangsung pada Sabtu ini.

ESPN akan menganjurkan Grandstand LIVE Screening perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Manchester United dengan Arsenal pada Sabtu ini di The Red Carpet Avenue, Encorp Strand bermula jam 6.30 petang.

Berikut adalah ramalan wartawan dan editor sukan di Malaysia bagi perlawanan yang dinantikan ini!


Amirul Ruslan, MSN - Sukan, Editor

Manchester United 2-0 Arsenal
Walaupun Arsenal berjaya bangkit menentang Reading di pertengahan minggu, Manchester United mampu mengatasi skuad Arsene Wenger dan pemain yang akan mendapat perhatian ramai, Robin van Persie akan menjaringkan satu gol dan membuat hantaran bagi satu lagi gol.
Vijhay Vick, Sports247.my - Penulis Sukan Senior
Manchester United 3-2 Arsenal
Semua perhatian akan berada pada Van Persie, bekas Gunner yang kini Devil. Selepas permulaan yang baik di United, tidak banyak yang Persie perlu buktikan tetapi Arsenal mengenalinya dengan baik. Arsenal walaupun sukar mencatat jaringan, selain dari Piala Capital One, mungkin akan mengalami kesukaran lagi tetapi pertahanan pasukan tuan rumah mudah goyang.
Johnson, Malay Mail - Sukan, Editor
Manchester United 2-1 Arsenal
Arsenal belum mengalahkan United di Old Trafford sejak menang tipis 1-0 pada September 2006. Masalah Arsenal dan United musim ini dalah berbeza. United mempunyai masalah di pertahanan - 13 gol bolos - di mana lebih teruk dari Sunderland di tempat ke-14 yang bolos lapan. Tetapi United tiada masalah di serangan dengan Van Persie menyesuaikan diri dengan baik. Mereka teratas liga berdasarkan gol yang dijaringkan. Walaubagaimanapun, Arsenal merindukan sentuhan penjaring terbanyak, Van Persie. Mereka mempunyai masalah di hadapan gawang gol dengan Podolski mahupun Giroud belum mampu mengisi tempat Persie. Ini juga kali pertama Persie akan beraksi menentang Arsenal sejak berpindah ke United.
Manogaran, The Star - Editor Sukan
Manchester United 2-1 Arsenal
Saya rasa pengadil akan menjadi pemain ke-12 untuk Man United.
Vijesh, New Straits Times - Editor Sukan
Manchester United 1-3 Arsenal
Saya penyokong Arsenal, saya sentiasa bepihak kepada pasukan saya!
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger