1News Online:
Home » , » Sukan - Safiq Rahim sertai Johor

Sukan - Safiq Rahim sertai Johor

Thursday, November 1, 2012 | 4:56 PM


Ketua pasukan Harimau Malaya, Safiq Rahim mengesahkan bahawa beliau akan menyarung jersi Johor dalam saingan Liga Malaysia pada musim depan.

Menurut Safiq, hasrat beliau ke Johor mendapat restu daripada keluarga serta majikan, Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) yang membenarkannya berhijrah.
"Saya masih menunggu kontrak saya bersama FAS yang bakal berakhir pada 30 November ini sebelum menandatangani kontrak bersama Johor.
"Saya sudah maklumkan kepada PBNJ (Persatuan Bola Sepak Negeri Johor) bahawa kontrak saya adalah 1+1 (setahun dan dilanjutkan setahun) kerana jika saya mendapat tawaran daripada kelab luar Asean pada 2014, saya akan menyertai pasukan tersebut," katanya kepada Bernama.
Ini bermakna Safiq bersama dengan pasangan kembar Mohd Aidil Zafuan dan Mohd Zaquan Adha Abdul Razak serta Mohd Azmi Muslim serta bekas pemain Terengganu, Mohd Muslim Ahmad akan beraksi untuk Johor musim depan.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger