1News Online:
Home » , , » Sukan - Wenger: Kami tidak endahkan RVP

Sukan - Wenger: Kami tidak endahkan RVP

Friday, November 2, 2012 | 12:22 PM


Pengurus Arsenal Arsene Wenger menegaskan bahawa matlamat pertembungan dengan Manchester United bukan tentang membalas dendam.

Pasukan Gunners dijangka akan bertembung dengan bekas pemain mereka itu untuk kali pertama sejak perpindahan beliau yang bernilai £24 juta.
Wenger telah meminta para penyokong Arsenal untuk menghormati Van Persie dan untuk tidak menonjolkan perasaan benci terhadap beliau.
"Bagi kami, apa yang penting adalah keputusan selepas perlawanan - dan juga prestasi pasukan sendiri. Kami enggan bincang tentang beliau [van Persie]," Wenger berkata.

"Saya harap ini adalah pertemuan yang manis kerana beliau telah mewakili kami selama lapan tahun dan memberi sumbangan yang baik."
"Kami telah melancarkan kempen melawan diskriminasi dan perlu menjalankan tanggungjawab setiap minggu."
Van Persie telah menjaringkan 132 gol untuk Arsenal - 37 musim lepas untuk menjamin tempat ketiga dalam kedudukan liga.
Penyerang Belanda itu yang kini berusia 29 tahun, telah meningkatkan permainannya sejak Wenger membawanya ke kelab beliau daripada Feyenoord pada tahun 2004.
Perkembangannya adalah hasil nasihat Wenger yang telah mendorong peningkatan beliau.
"Antara tanggungjawab saya adalah untuk memberi pengaruh yang positif dalam kehidupan. Ia amat memuaskan apabila saya sedar yang matlamat telah dicapai." Wenger berkata dengan sedih.
"Saya rasa saya telah membuat yang terbaik."
Van Persie, yang telah menolak tawaran dari Manchester City, telah menyesuaikan diri dengan kelab baru beliau dan telah menjaringkan tujuh gol.
Wenger berkata: "Saya tidak terkejut dengan pencapaian beliau."
"Di Manchester United, beliau mempunyai rakan sepasukan yang agak mahir, Robin adalah seorang yang mempunyai gerakan yang pintar dan teknik beliau amat mengagumkan."
"Mereka mempunyai ramai pemain dalam gerakan serangan dan beliau akan mengambil kesempatan."
"Robin adalah penyerang yang lengkap."
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger