1News Online:
Home » , , » Sukan - Swansea singkirkan Reds

Sukan - Swansea singkirkan Reds

Thursday, November 1, 2012 | 2:37 PM


Liverpool disingkir 3-1 oleh pasukan Swansea yang turut berjaya melangkah masuk ke peringkat suku akhir untuk pertama kali dalam sejarah mereka.

Pengurus dari Utara Ireland itu telah meninggalkan Swansea pada musim panas untuk mengambil alih tempat Kenny Daglish namun, ia tidak menjadi sebuah masalah memandangkan pasukan pelawat telah meraih kemenangan dalam pertarungan Piala Capital One di Anfield.
Chico Flores dan Nathan Dyer membawa pasukan Swans ke hadapan dalam 17 minit terakhir dan walaupun pemain gantian Luis Suarez telah menjaringkan gol pertama untuk pasukan dalam masa tambahan, ia tidak berbaloi.
Ia merupakan kekalahan ke 10 dalam 102 perlawanan Piala Liga sebagai pasukan tuan rumah.
Chico berjaya menyempurnakan tendangan sudut De Guzman untuk membuka tirai perlawanan. Rodgers membalas balik dengan menurunkan Gerrard dan Suarez dalam babak kedua untuk menggantikan Cole dan pemain muda Samed Yesil.
Beberapa percubaan seterusnya oleh Jonjo Shelvey dan Gerrard tersasar serta penjaga gawang Jones terdesak membuat halangan berturut-turut.
Pasukan tuan rumah kemudian silap membenarkan Dyer untuk menjaringkan gol dari jarak dekat. Liverpool hanya mampu mengasak apabila Suarez menyempurnakan sepakan percuma Gerrard tiga minit kemudian namun tidak mampu menambah mata apabila De Guzman menambah gol ketiga untuk mengekalkan pasukan.
Perlawanan terakhir Swansea di Anfield sebelum ini telah berakhir dengan kekalahan 8-0 pada tahun 1990.
Kongsi artikel ini : :

Post a Comment

 
Copyright © 2012. 1News Online - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger